The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Tuesday, August 9, 2011

0 Liga The Blues Army 2011/2012 kembali!!

"Sape yang berani kata nak ganti aku??"

Sempena musim baru EPL yang akan berlangsung minggu depan, dah tentu blog TBA akan menganjurkan liga fantasy bagi menentukan siapakah yang ada skill managerial terhebat..Ini sekaligus menarik minat Roman untuk menjadikan korang sebagai candidate musim hadapan sekiranya AVB kena 'bakar' dengan Flamethrower TPO-70 Soviet Union.

So, camne nak join?? Dah bertahun main pon nak kena ajar ke?? Macam korang tak reti, pergi webpage Fantasy Premier League>Daftar team korang>Kemudian pergi ke tab league>Click 'join a league'>Kemudian masukkan number code berikut : 1163450-284248>Siap!!

Penyertaan adalah unlimited dan korang boleh daftar bila-bila masa tapi kalau lambat penat la nak kejar sebab liga bermula dari GW1 (13 Ogos 2011). Hadiah untuk musim baru aku akan adakan berdasarkan penyertaan menggalakkan musim lepas (Tahun lepas punye liga takde hadiah sebab aku yang menang, apadahal??)Top Prize apa tak pasti lagi, kalau Chelsea datang Malaysia lagi boleh la aku belanja tiket. Tak mahsyuk la tengok EPL tapi tak main fantasy. So apa tunggu lagi, moh le wehh!! KTBFFH!!

p/s : Sial Lukaku kenapa ko masuk lepas aku dah create team??Arghh!!


No comments: