The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Sunday, August 28, 2011

0 Thriller di Bridge

JT dan Hilarious bermain bermati-matian semalam ditekan Sang Kenari


Memang mahsyuk game nie, aksi pantas, gol berdas-das, memang boleh sesak nafas..Walaupun scoreline menunjukkan kemenangan selesa 3-1 buat Chelsea, ianya tak semudah yang disangka..Norwich memberikan tentangan sengit yang wajar dipuji sehingga Drogba pon boleh pengsan melihatkan semangat kental si burung kenari hijau kuning..

AVB menurunkan kesebelasan yang diramal dengan Iva menggantikan Alex sebagai Centreback manakala satu-satunya kejutan adalah cubaan menggandingkan Torres dan Drogba dari awal..First half, The Blues bermula dengan amat cemerlang habaq hang dengan gol awal pada minit kelapan..Bosingwa meneruskan prestasi hebatnya sejak awal musim dengan rembatan mercun roket yang menumpaskan penjaga gol lawan..Adakah ia petanda awal Chelsea akan berpesta gol?? Tidak sama sekali. Burung kenari ini bukan mudah dijinakkan oleh Singa London. Baki 45 minit tidak disangka Chelsea lebih banyak mengejar bola apabila Norwich bermain seperti lagak Barcelona. Jika bukan kerana Hilarious, sudah tentu kita dah dibolosi pada separuh masa pertama.

Didi tumbang di awangan

Second half, Chelsea kembali memantapkan corak permainan untuk menyaingi intensiti yang ditunjukkan Norwich namun masih gagal mencari gol kedua. Tambah malang apabila Didi terpaksa diusung keluar apabila bertembung kuat di bahagian kepala dengan penjaga gol lawan..Anelka dan Juan Mata masuk untuk memberikan impak tambahan. One two antara Mata dan Lampard merupakan gerakan paling menarik yang berjaya mnembusi pertahanan Norwich namun cross disambut dengan free header oleh Ivanovic yang tersasar ke sipi gawang. Sedikit kesilapan boleh membawa padah. Cross pemain Norwich gagal ditanduk kemas oleh Iva. Kegopohan Hilarious berlari dari kawasan gawang untuk menumbuk bola keluar menyebabkan Holt mengambil peluang dari merembat bola masuk ke gawang Chelsea seterusnya menyamakan kedudukan. 1-1.

Namun ianya belum berakhir. Semangat Chelsea belum padam. Ramires sememangnya pelari pecut tiada tandingan. Hasil counter berdesup pantas, Anelka memberikan through pass yang cun untuk Ramires berlari, berlari dan berlari membawa bola meninggalkan defender lawan tercungap kepenatan. Keeper Norwich yang terlampau kaget tidak dapat membaca kepantasan tahap dewa Ramires lalu terpaksa menggunakan kekerasan sebagai langkah terakhir. Ramires terjatuh, wisel ditiupkan, kad merah, penalti!!

Super Frankie memang dah masak dengan tendangan penalti ini. Makanan ruji orang tua kata. Kalau tutup mata pon boleh gol. Tadi rembat pon rembat tengah je. Apadahal. Nasiblah, kalau keeper tu tak nak elak memang bersepai kepala. Yang nie kira bijak la sebab tak sangup mati muda. Lampard merembat masuk, keeper Norwich tersipu malu, Chelsea lead 2-1!!

PerMATA baru sudah lahir di Bridge

Aku ingat masuk minit 90 match dah abes, tapi lupa pulak Didi injured tadi makan banyak masa. Injury time 11 minit baii, pihak lawan mengah tinggal 10 orang digunakan sebaik mungkin. Kealpaan defender Sang Kenari tersalah melakukan hantaran di saat terakhir membolehkan Juan Mata merampas bola, aim target, lalu merembat masuk gol ketiga Chelsea!! Wisel tamat, The Blues merampas 3 mata penuh!!




Kemenangan kedua buat Chelsea sememangnya boost terbaik untuk membentuk keyakinan para pemain. Namun apa yang penting adalah semangat tidak mudah menyerah kalah pemain kita wajar dipuji. Para pemain juga dilihat bermain lebih teamwork dan bukannya secara individu seperti sebelumnya. Credit kepada AVB kerana dilihat dapat membentuk mentaliti berpasukan yang utuh dikalangan pemain ketika ini. Cameo pemain baru Juan Mata dan Lukaku juga antara point positif yang membuktikan masa depan kita memang cerah di bawah pemain muda berbakat seperti duo ini. Cuma bahagian pertahanan nampak bermasalah. Kepulangan Cech nanti sudah pasti dinantikan secepat mungkin. Buat masa ini, harapan kita masih lagi pada Hilarious. Harap teruskan kemajuan. Selepas permulaan yang agak lembab musim ini, kini boleh dikatakan Chelsea sudah semakin panas untuk melaksanakan misi merampas trofi EPL dari cengkaman Manshit. Keep up the good work, Keep the blues flag flying high!!


No comments: