The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Saturday, August 20, 2011

0 M&M??


Berita kita mahu mendapatkan Modric bukan satu rahsia lagi, namun kini AVB dalam senyap cuba mengalihkan pandangan ke Sepanyol untuk mendapatkan wing wizard, Juan Mata..

Selepas kegagalan Sengal mendapatkan Mata, dilihat tiada lagi pencabar lain yang bersungguh mahu mendapatkan bekas pemain Madrid ini..Situasi ini dilihat ideal buat AVB yang mahu mendapatkan seorang winger di sayap kiri selepas pemergian Zhirkov dan selaku pencabar buat Malouda yang kian berumur..Masih berumur 23, jelas AVB mahu membentuk skuad yang muda di samping pembelian Romeue dan Lukaku sebagai pemain masa hadapan..

Modric dan Mata, gabungan M&M yang kini boleh dilihat sebagai kepingan puzzle terakhir untuk AVB membentuk skuad yang cukup mantap dan sempurna buat Chelsea..Bayangkan kebijaksanaan Modric, kepantasan Mata di kiri, kelincahan Sturridge/Lukaku di kanan, dan ketajaman Torres digabungkan bersama?? Defender mana tak goyang wei!!

Apa pandangan korang?? Adakah Mata dan Modric adalah pemain yang kita cari??


No comments: