The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Thursday, September 16, 2010

0 Perfect Start di Eropah


Yup, mungkin masih terlalu awal untuk mengagak nasib Chelsea dalam CL musim nie tetapi berdasarkan performance kita malam semalam, its pretty damn we are on right track!! Dengan merehatkan beberapa pemain utama antaranya Didi, Frankie, dan Ash - kita masih boleh beraksi bagus dan jika tidak kerana kemalasan skuad The Blues di Second Half, dah tentu MSK Kuat Berzina dah dibelasah dengan margin yang lebih besar..

4-1 - cukup memuaskan bukan?? Dengan 21 gol dalam 5 game setakat nie, we are unstoppable samada di England mahupun Europe..Carlo walaupun menggunakan bebrapa pemain muda dan simpanan semalam kita masih mampu menunjukkan aksi seperti biasa Chelsea - lagak Sang Juara..Aksi Benayoun amat memuaskan, mendominasi tengah midfield..Sturridge pulak, tak perlu aku cakap lagi, youngsters nie makin lama makin umphh dan dengan first gol di Europe, aku yakin banyak lagi akan kita lihat dari Danny..Zhirkov walaupun tak bermain 3 game sebelum nie, dia tak pernah menurun prestasi dan malam semalam dia kekal mantopp di posisi Left Back menggantikan Ash yang direhatkan..Harap dia akan mendapat banyak peluang pasnie..Selain 3 pertukaran nie, 3 pemain muda turut diberi peluang dalam match semalam sebagai subs sekadar untuk memberi pendedahan awal ke Eropah..MacEachran, Kakuta dan Van Aanholt diberikan peluang lewat match dan walaupun tak sehebat aksi Sturridge, aksi diorang agak so-so dan aku harap lebih peningkatan lagi dibuat jika nak lihat diorang kekal lama dalam pandangan Don Carlo..Terutamanya Kakuta, yup mungkin dia dilabel Best Promising wonderkid tapi berdasarkan aksi semasa, nothing special aku tengok..Harap2 dia boleh tunjukkan belang sebenarnya tak lama lagi..

Okeh mengenai match semalam, hanya 3-4 pertuakaran dilakukan Carlo dengan bertujuan untuk merehatkan beberapa pemain utama yang dah beraksi secara berterusan 3 match sebelum nie dan mempersiapkan diri untuk berdepan Blackpool hujung minggu nie..Kerek?? Yup agak angkuh Don Carlo kerana memandang rendah MSK Zina dengan menurunkan barisan kedua tetapi memang berbaloi dan menunjukkan kita mempunyai depth yang memang bagus..Antara yang direhatkan Ferreira, Ash, Frankie (injured), dan Didi memberikan laluan untuk Ivanovic, Zhirkov, Benayoun dan Sturridge beraksi selaku starter semalam..

First Half - Brilliant!! Hanya seawal minit ke 13 Chelsea sudah mendahului walaupun beraksi di stadium lawan yang memang bingit dengan sorakan untuk Team Kuat Zina..Essien makin lama makin dahsyatt dan ini gol ketiga dia dalam 2 match..Cross dari Anelka dikuis oleh Malouda dan berjaya mencari The Bison yang mudah merembat masuk dari celah2 ketiak keeper Zina yang tak terdaya menahan torpedo Essien..di minit 23, Chelsea menggandakan result apabila lob pass Malouda berjaya mencari Anelka, hasilnya?? Rembatan mudah ke penjuru dan Gol Kedua buat Chelsea!! Hanya 4 minit, Anelka sekali lagi menemui sasaran dan kali nie tandukan Terry terkena palang dan dengan keeper lawan sudah tewas, Anelka hanya perlu menolak masuk dan gol ketiga buat The Blues!! 3-0 di first half, segalanya tampak mudah buat Chelsea..

Second Half, kita tidak menunggu lama dan dalam 3 minit kali nie Sturridge mendapat bonus gol pertamanya di Europe..Hantaran through pass dari Benayoun memang cun dan lagi cun melecun bile Danny memperdayakan keeper Zina dan menolak bola masuk dengan penuh bergaya nak rak..Baki minit seterusnya agak bosan kerana Chelsea agak malas2 bermain sehingga bolos gol bodoh nak mati apabila cross dari pihak lawan terkena kepala Ivanovic dan masuk ke gawang sendiri..3 youngtsers kemudian diberi peluang masuk- Mc eachran, Van aanholt dan Kakuta dimasukkan dan dengan hampir berpuas hati, The Blues maintain dan pulang ke London dengan 3 mata dalam tangan..



Masih awal aku nak kata pasal prospek CL kita musim nie sebab walaupun kita nampak agak kuat serba serbi berbanding musim lepas, jangan dilupakan team lain juga semakin meningkat dan akan menjadi penghalang utama kita musim nie untuk merangkul Piala Eropah yang pertama..Antara yang merbahaya bagi aku AC Milan, Barca dan Madrid..Jika kita mampu menewaskan salah satu big team nie, aku yakin kita ada kekuatan cukup untuk memadamkan badi selama nie di Eropah..Papepon masih banyak masa, buat masa nie, fokus untuk Blackpool hujung minggu nie, KTBFFH!!


No comments: