The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Tuesday, September 21, 2010

0 No Lampard, NoJT, No Problemo!!

Kacang jer!!

Dalam masa 8 tahun aku menyokong Chelsea, nie boleh dikatakan skuad yang paling mantopp serba serbi..Buat pertama kalinya tanpa ketiadaan 2 Mr chelsea, Super Frankie dan Captain Marvel JT, Chelsea mampu bermain dengan amat amat bagus dan barisan pemain yang menggantikan tempat kedua2 legend nie sememangnya menjalankan tugas yang mengagumkan..Sekaligus membuktikan barisan kedua kita juga amat kuat dan kita mempunyai depth yang lebih dari cukup untuk mengharungi sepanjang musim nie..

Aku dah kata setakat tasik hitam, takyah la nak risau..Dalam 2 minit je, Chelsea dah leading dan kedudukan menjadi 4-0 dalam separuh masa pertama hasil jaringan Malouda (2), Didi dan Kalou..Jika bukan sebab The Blues agak kurang efficient dalam masa second half, aku yakin kedudukan mampu menjadi 7 atau 8-0..Namun beberapa serangan dari Blackpool agak merbahaya dan walaupun sedikit mendedahkan kelonggaran bahagian pertahanan, ia tetap pengajaran yang bagus untuk Carlo dan pemain bermain dengan lebih kemas dan berhati2 berdepan pasukan yang mempunyai semangant juang tinggi seperti Blackpool..

Pemain yang aku puji habess sudah tentu Malouda dan Didi..Walaupun tanpa Lampard dan JT, kedua2 pemain nie menunjukkan leadership yang tinggi di atas padang..Melihat kepada peningkatan Malouda, aku boleh dikatakan cukup bangga dengan aksinya berbanding 2 musim lepas yang hampir menyebabkan kita mahu menjualnya..Didi, yup, dia masih superstar kita tetapi yang aku pelik semakin tua Didi semakin bagus aksinya..Yup aku agak benci jugak melihat kelibat Didi dalam 2-3 musim lalu walaupun dia kerap menjaringkan gol, dia suka berlakon dive seperti Ronaldog dan itu antara satu sebab mengapa segelintir peminat membenci The King..Kini, kita dapat melihat satu perubahan drastik Didi kerana dia kerap bangun walaupun ditackle pihak lawan malah sikap Bad Boys Didi seperti selepas semi final menentang BArca sudah tidak kelihatan..Mungkin usia 33 tahun semakin mematangkan Drogba untuk beraksi sebagai pemain yang lebih dihormati dan kita dapat melihat hasilnya kini..Drogba,you rockss!!



Walaupun kini kita mencatat 5 kemenangan dari 5 match, aku masih tidak berpuas hati selagi Chelsea tidak menang ke atas Big Team..Yup, kita mampu mendabik dada dengan berada di puncak kini tetapi melihat kepada lawan kita sebelum ini; West Brom, West Ham, Wigan, Balackpool, Stoke City; kesemuanya kelab target relegation atau kelab yang baru naik BPL..Match BPL selepas nie, Manchester City adalah Ujian Pertama buat The Blues samada kita benar2 mampu menjadi juara sekali lagi musim nie..Tumpaskan ManCee, ia akan memberikan mesej yang benar2 jelas kepada rival, Chelsea means business!! Buat sementara nie, fokus beralih ke Carling CUp menentang Istana Baru Khamis nie..Aku harap beberapa pemain utama akan direhatkan menjelang match di Eastland nanti..Lagipun boleh gak tengok aksi pemain muda cam Sturridge dan Kakuta beraksi dan aku harap kita mara ke next round..KTBFFH!!



No comments: