The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Wednesday, September 29, 2010

2 MarSial tumbang, seterusnya Sengal!!


Match yang amat mudah buat Chelsea..2-0 keputusan CL di SB malam semalam dan kita kembali ke zon kemenangan!! Seperti lazimnya skuad ini sememangnya penuh pengalaman untuk bangkit dari kekalahan..Kita menguasai MarSial sepenuhnya sepanjang 90 minit seolah2 tiada apa yang berlaku minggu lepas di Eastland..

Dalam match nie Carletto melakukan beberapa pertukaran – Disebabkan Didi suspension, Anelka menjadi lone striker, Kakuta mendapat permulaan pertamanya di Eropah, Ramires direhatkan manakala Zhirkov berganding bersama Essien dan Mikel di tengah, Back four solid – tiada perubahan seperti di Eastland..

The Blues tidak menunggu lama untuk leading..Minit ke -7 JT menolak bola masuk hasil sepakan sudut Malouda untuk gol pertama Chelsea dan juga gol pertama Captain Marvel kita musim nie..Selepas beberapa minit Chelsea sekali lagi tersenyum lebar apabila kita mendapat penalty hasil handball pemain MarSial di dalam kotak..Pucuk dicita ulam mendatang, Anelka yang bermusuh dengan FFF sudah tentu lebih dari gembira dapat menjaringkan gol penalty dengan cool menentang kelab Perancis sekaligus memberikan keputusan selesa 2-0 kepada The Blues..

Masa masih banyak, adakah 6-0 lagi?? Aku mengharapkan begitu jugak tetapi ketiadaan Didi, Kalou dan Lampard menyebabkan kita agak tumpul di hadapan walaupun Malouda dan Anelka amat bijak merencana serangan – sayang tiada penyudah di Second Half..Baki masa agak hambar mungkin untuk mengelakkan injury dan hanya rembatan Essien terkena tiang menjadi highlight yang memungkinkan kita mendahului 3-0..Apapun kita menguasai sepenuh match dan sudah tentu petunjuk pemain kita sudah kembali confiden menjelang match menentang Sengal Ahad nie..Match tamat : Chelsea menang 2-0!!




Dengan dua kemenangan dalam 2 match, kita berkongsi Top Spot Group F bersama Spartak Moscow dengan 6 mata, hanya dibezakan dengan goal difference kita yang lebih superior..Nampaknya match menentang Spartak nanti agak penting untuk menentukan siapa pendahulu yang lebih layak..

Berbalik kepada Premier League, kemenangan ke atas MarSial dah tentu boost terbaik untuk menaikkan semangat pemain untuk meratah Sengal hujung minggu nie..Selepas tibai Meriam dua kali musim lepas, slurpee aku tak sabar nak tengok diorang kena ganyang sekali lagi season nie di Setapak Bridge..Kepulangan Didi sebagai Pemusnah Sengal amat dinanti dan aku yakin kanak2 meriam seperti biasa akan menjadi santapan lazat King Didi..Kill them and we are 7 point ahead!! KTBFFH!!


2 comments:

r.k said...

gol first bukan sepakan sudut kakuta ke ?

Raiden said...

yeah2 aku usha balik baru perasan kakuta amik korner..bese la lalok match di pagi hari..