The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Tuesday, September 28, 2010

0 Welcome home Didier!!


Bukannya Didier Drogba - tetapi bekas plaer Chelsea - Didier Deschamps!! Kepulangan Deschamp ke SB akan dinanti selepas kali terakhir dia hadir pada 2003..Masih ingat Monaco?? Yeah aku masih ingat keperitan disingkirkan oleh Monaco di bawah kendalian Deschamp ketika itu..Aku amat respect pada DD tapi di atas padang, we are enemy!!

Situasi The Blues ketika ini tidaklah seburuk disangka walaupun kita mengalami kekalahan pertama musim nie minggu lepas di tangan Man Shitty..Walaupun tewas kita mengamalkan corak serangan yang bagus dan aku yakin hanya nasib tak menyebelahi kita di Eastland..Bertemu Marseille aku yakin adalah pengubat terbaik sebagai tonik kekecawaan hujung minggu lepas sekaligus menjadi persiapan terbaik – jangan dilupakan kita ada Big Match Ahad nie menentang kelab setaraf West Brom, Sengal FC..

Youssi, Kalou masih unavailable manakala Lampard juga seperti dikatakan sebelumnya, akan terlepas baki 2 minggu selepas nie..Frankie dilihat bakal terlepas minimum 3 match penting, Marseille, Sengal dan match kelayakan Euro 2012 menentang Montenegro..CL memang penting namun dari segi taktikal malam nie aku mengharapkan Carletto akan merehatkan beberapa pemain menjelang match Sengal..Tanpa Didi yang masih dalam suspension, Anelka akan menjadi lone striker dan seperti menentang Zilina, aku merasakan Carletto tidak akan melakukan perubahan yang ketara pada skuad..Tidak mustahil Carlo juga mungkin akan menggunakan khidmat Mceachran, Kakuta atau Aanholt jika perlu..

Skuad malam nie :

Cech
Ferreira-Ivanovic-JT-Ash
Essien-Mikel- Ramires
Sturridge-Anelka- Malouda

Prediction : Chelsea (3) – Marseille (1)

Walaupun bagi aku Marseille bukanlah Big Team seperti Milan mahupun Barca yang perlu dirisaukan, diorang ada kemampuan untuk mencipta kejutan..Ini antara ujian mentaliti para pemain untuk bangkit dari kekalahan dan aku yakin pemain senior kita penuh pengalaman untuk handle situasi seperti ini..Juz win the game,KTBFFH!!

"Gua tetap sokong Chelsea senyap2 malam nie!!"



No comments: