The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Wednesday, April 7, 2010

0 Little Leo Rock The World!!

Yup, off topic-walaupun tidak ada mengena dengan Chelsea tetapi kehebatan Messi semalam sememangnya suatu fenomena dalam dunia Bolasepak sekarang..Menjaringkan 4 gol menentang Arsenal di kejohanan bertaraf dunia seperti CL, dan kesemuanya dilakukan secara berseorangan tanpa bantuan teammate sememangnya satu keadaan yang CRAZY..Selaku Fan Chelsea dan Football secara general, walaupun aku tidak menyokong Barca, Messi sememangnya layak di-salute sebagai Footballer yang amat Ajaib..

Jika bapak, datuk nenek kita boleh bercerita kepada kita bagaimana legend2 terdahulu mewarnai dunia bolasepak seperti Maradona, Pele, Puskas, walaupun kita bukan se-zaman dengan mereka sudah tentu kita akan cuba menggambarkan suasana ketika itu..Bagi aku Messi tidak layak digelar Best Human Footballer kini kerana dia sememangnya bukan HUMAN!! Seperti makhluk ajaib dari galaksi lain boleh dikatakan tiada siapa yang dapat menafikan Messi amat tinggi tarafnya dalam dunia bolasepak kini, mungkin lebih dahsyat dari mentornya Maradona, Little Leo boleh la dikira seperti Football Goddess.. Generasi kini boleh dikatakan bertuah dapat melihat aksi Messi secara live, mungkin dalam 20-30 tahun akan datang bila kita semua dah ada anak, cucu kita dapat menceritakan kepada generasi baru bagaimana hebatnya makhluk yang bernama MESSI..

Jangan terkejut kerana Messi masih muda disebalik reputasi hebatnya kini, baru umur 22 tahun (sama umur dengan aku beb!!) dan dah tentu masih banyak yang akan dilakukan oleh Little Leo dalam karier nya terutama World Cup 2010 yang akan berlangsung nanti..Selaku Fan Chelsea aku sememangnya iri hati bagaimana Barca memperoleh pemain seperti Messi..Diharapkan suatu hari nanti kita mampu mencipta pemain seperti Leo..

Tapi sehebat mana pon Messi, dia masih lagi kantoi dengan kelab kesayangan aku Chelsea dalam pertemuan Champions League season lalu, menunjukkan The Blues lagi marvellous dari Little Leo!! Haha dalam match musim lepas Messi sememngnya senyap dalam kedua-dua leg, jika tak puas hati aku harap kita akan bertemu lagi Barca season depan dan menunjukkan Who is The Best!! Jose dan Inter kini ada tugas besar untuk menghalang Messi, may the best team win..Apepun selaku Football Fan, no doubt, Messi is TOTALLY CRAZY!!


No comments: