The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Wednesday, April 14, 2010

0 Post Match : Anelka pemusnah Wonderpet!!

Huhh aku dah agak match semalam akan menjadi suatu pertarungan yang sukar, kerana selalunya apabila kita menjadi clear favourite, skuad the Blues secara tiba2 menjadi kaku dan gemuruh akibat pressure berlebihan..rentetan kemenangan 4 match berturut2 termasuk kemenangan besar2 kepada Villains dan Manure sebelum nie meletakkan kita dikatakan mudah mengalahkan kelab Bolton 'Wonderpet'..Fergie juga sudah bermain minda dengan mengatakan kita akan mudah membenam Wonderpet kerana dia tahu skuad Chelsea akan menerima tekanan akibat harapan yang tinggi..

Selain pressure, Carletto yang dikatakan akan melakukan rotation player juga menjadi punca aku agak risau kerana gandingan kini memang merupakan skuad terbaik kita jadi sebarang perubahan besar agak membimbangkan, takut menjejaskan corak permainan dan rentak kemenangan..

Seperti yang dijanjikan, Carletto semalam melakukan perubahan dalam skuad untuk persiapan menentang Spurs Sabtu nie..Malouda, Joey dan Deco direhatkan dari starting lineup manakala Anelka, Kalou dan Ballack menjadi taruhan..
First half bleh dikatakan agak hambar kerana Bolton jelas lebih bersedia dan hanya lebih suka bertahan, peluang terbaik Chelsea hadir di minit 24 apabila Free Kick Didi ditepis oleh keeper Wonderpet namun Kalou lambat menyambar bola muntah menyebabkan peluang pertama tersasar..namun di penghujung separuh masa Didi berjaya melakukan cross cantek dari sayap kiri yang tepat menamui kepala botak berkilat Anelka yang mudah menanduk masuk untuk gol pertama Chelsea!! Nie juga gol pertama Abdul Salam Bilal semenjak januari, sememangnya hadir di waktu yang tepat!!

Second Half, Chelsea kembali mengatur gerak dan Didi dekali lagi menjadi provider dengan through ball kepada Kalou tetapi Si 'Ceplos' nie memang kadang2 menjadi gila sebentar di depan gawang, one on one dengan Juuskelainen tidak diterjemahkan kepada gol menyebabkan kita gagal menambah jaringan..kontroversi apabila cross dari pemain Wonderpet dikatakan terkena tangan JT, justeru menyebabkan mereka meraung2 meminta penalti..Bagi aku, apabila melihat highlight keputusan agak sukar dan mungkin tepat kerana jika diperhatikan bola terkena bahu JT..agak 50-50 dan jika penalti diberi mungkin agak melampau bagi aku..nasib baik nie bukan Old Kerepot..

Carletto yang agak panas apabila kita tidak dapat menambah gol memasukkan Joey dan Malouda, dua winger terbaik kita manakala Kalou serta Anelka dikeluarkan..Joey segera memberi impak, flick untuk Lamps dicipta baik setup untuk Frankie melepaskan Jurus Sepakan Torpedo tetapi sayang bola terkena tiang dan melantun keluar..Hampir-hampir menjadi gol ke-23 dia musim nie..

Bermula dari minit ke-80 situasi mnjadi cemas apabila barisan Wonderpet menyerang kubu The Blues bertali arus dan beberapa serangan dari Elmander dan Klasnic jelas menyebabkan Fan2 The Blues (termasuk aku) gigit jari, gigit kuku, gigit meja kedai mamak pon ada..Namun kekentalan Terry dan Co menyelamatkan keadaaan..tanpa disangka di penghujung match minit ke-94 kita memperoleh counter yang lazat dari sayap kiri oleh Zhirkov dan cross leret tepat mencari joey cuma gagalk disudahkan dengan sempurna menyebabkan match kekal 1-0..Chelsea bertahan dan kita memperoleh 3 mata berharga!!



Match Highlight :

Chelsea v Bolton Wanderers

Trey | MySpace Video


Namun jika ada yang mengatakan Chelsea tak layak menang memang ridiculous kerana kita mencipta peluang yang lebih genuine dari team Wonderpet, cuma penyudah kita kurang berbisa malam semalam..Wonderpet memang memberikan tentangan sengit dan layak dipuji, namun gol Anelka menjadi pemisah kedua2 team dalam match nie..Takpuas hati lagi?? tengok stats nie :

Shots on target Chelsea 8 Bolton 0

Kemenangan malam semalam membolehkan Chelsea menjarakkan kedudukan kepada 4 mata diatas Manure dan 6 mata di atas kanak2 Sengal..Spurs akan bertemu kanak2 Meriam malam nie jadi kita akan melihat samada mereka mampu keep it up atau tidak, jika Sengal kalah, GAME OVER untuk barisan Wedges..Sememangnya Big Advantage kini, dengan 4 match tinggal, Chelsea kini mencengkam kedudukan teratas dengan erat, teruskan prestasi, tingkatkan motiovasi, kekalkan fokus, tumpaskan lawan satu persatu, aku yakin kita akan menjadi EPL Champion!! Congrats The Blues, Spurs menanti Sabtu nie pulak, KTBFFH!!

Nie lagu khas aku tujukan untuk team 'Wonderpet' :


apa yang penting ?
Chelsea menang..
apa yang penting ?
tiga mata..

Wonder Pets Wonder Pets…
korang datang..
merengek-rengek bola kena tangan..
Drogba cross lawa..
Tandukan Anelka memang kuat..
bila bekerjasama semua jadi mudah..

yea Wonderpets yea!!



No comments: