The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Sunday, April 25, 2010

0 Preview : Be Agressive!!!

Malam nie kita akan bertemu Stoke di Home Sweet Home Bridge dan dengan Manure mencatat kemenangan semalam, bererti hanya 3 mata yang akan dicari malam nie..Stoke adalah lawan yang wajib ditumpaskan!!

Apa yang aku harapkan malam nie adalah skuad kita perlu bermain dengan garang dari mula, dapatkan gol awal akan memudahkan tugasan kita dalam match nanti..Match menentang Spuds minggu lepas perlu menjadi pengajaran kerana kita bermain terlampau berhati-hati, tidak terlampau offensive dan seolah2 takut ingin melakukan cubaan di depan gol lawan..Sekiranya kita meneruskan potensi yang sama, bermain menyerang seperti ketika menentang Posemut, Villa dan Manure tempohari, aku yakin Stoke mampu diranapkan sepenuhnya nanti..Pemain seperti Malouda adalah pemain yang aku harapkan untuk kembali menyengat selepas menurun seketika prestasinya dua match lepas..Fixture premiership tinggal 3 match lagi, kenapa nak simpan2?? Ayuh, aku mahukan pejuang biru kita bermain sepenuh hati ALL-OUT 200%!!

Yup, antara highlight malam nie dah tentu bagaimana kita menghadapi balingan torpedo Delap tanpa Terry?? Jawapan yang tepat dah tentu Ivanovic..Mamat Serbia nie pulang di waktu yang tepat, bagi aku dia memang hebat di udara, dan defender yang jitu, sememangnya pengganti ideal JT..Dengan bantuan Cech dan Alex, aku yakin Delap hanyalah senjata murahan Stoke..

"Huh, Delap??"

Update pemain: Ivanovic sudah pasti akan berganding bersama Alex di bahagian tengah, menggantikan Terry yang banned selama satu match..Ash sudah diberikan lampu hijau oleh Carletto, kemungkinan dia akan beraksi di posisi Left Back menggantikan Zhirkov..Mikel konfem out, begitu juga Essien, justeru ak jangka Ballack akan kembali ke starting eleven bersama2 Deco dan Lampard..Didi masih doubtful akibat kecederaan lama, kemungkinan dia akan direhatkan justeru Anelka menjadi starting..Jika perlu, Didi boleh subs second half..

Formasi malam nie :

----------Cech-----------
Ferreira-Ivanovic-Alex-Ash
--Lamps-Ballack-Deco---
--Joey-Anelka-Malouda---

Result Prediction : Chelsea (2) -Stoke (0)

Aku harap para pemain lebih bersedia kini dari segi mentaliti berbanding apa yang berlaku minggu lepas..Kekalkan fokus, bulatkan tekad, bertarung sehingga tamat!! Chelsea for Double!! KTBFFH!!

Match LIVE 10.55 mlm ESPN



C'MON THE BLUESSSSS!!!!!!





No comments: