The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Wednesday, April 21, 2010

0 Wa Salute Sama Lu, Jose!!


Aku pasti sume dah tau result Inter-Barca yang berkesudahan skuad kendalian Jose meraih kemenangan bergaya 3-1 menentang skuad 'terkuat' dunia Belacanlona..Melihat match pagi tadi, aku sememangnya respek kepada taktikal, strategi yang diterapkan serta cara Jose membina pasukan walaupun hanya dua musim bersama kelab baru di Itali..Taktikal Jose amat jelas, merantai Xavi adalah faktor utama Belacanlona tidak mampu beraksi sehebat mungkin..Tanpa playmaker Spain nie yang dijaga rapi oleh Motta dan Cambiasso, Belacanlona hilang nadi utama mereka manakala skuad Inter sememangnya beraksi sebagai satu team, mentality yang kuat adalah asas kekuatan mereka, sesuatu yang sering diterapkan oleh Jose dalam mana-mana skuad didikannya..Berjaya menghancurkan skuad sehebat Belacanlona adalah taktikal yang terhebat pernah dipamerkan Special One, yup, dia sememangnya special..Wa salute..

Mengapa aku berbicara mengenai Jose?? yup, agak janggal kerana dia hanya ex-manager The Blues , tetapi apa yang aku ingin kaitkan adalah Roman harus keep faith pada Ancelotti sepertimana Moratti memberi kepercayaan kepada Jose untuk develop pasukan mengikut gayanya..Jika dibandingkan Jose juga gagal di CL dalam musim pertamanya apabila tewas kepada Manure, musim kedua kita dapat melihat betapa progress dan kebebasan yang diberikan kepada Jose kini membolehkan Inter dibina menjadi skuad yang amat gah di Europe..Harap Roman sedar dan tidak membuat kesilapan lama, Ancelotti perlu stay, dan aku yakin kita akan dapat melihat hasilnya di Europe musim depan!! Long live Jose, Long live Carletto, Long Live The Blues!!

No comments: