The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Wednesday, April 28, 2010

0 Don Carletto – The Humble One

Carlo Ancelotti aka Carletto kini mempunyai peluang terbaik untuk memanjat carta sebagai manager pertama yang mampu mencabar kedudukan Jose sebagai manager terhebat Chelsea..Kejuaraan Double (EPL + FA CUP) tidak pernah lagi dicapai mana-mana manager lagi dalam history Chelsea hatta Jose Mourinho ‘Special One’ sekalipun..Pencapaian terbaik Jose pun apabila dia merangkul EPL dan Carling Cup dalam satu musim..

Chelsea kini mendahului carta liga dengan 1 mata dan sudah menempah nama di Final FA Cup di Wembley 15 May nie, segalanya tampak stabil dan kita berada di posisi terbaik untuk meraih Double buat kali pertama!!

Membandingkan Jose dan Carletto kini mungkin agak ridiculous kerana Carletto masih lagi belum sah menjuarai apa2 tetapi sengaja aku mahu melihat apakah perbezaan kedua2 manager nie..Dari segi kredibiliti, Carletto dan Jose sememangnya mempunyai rekod kejuaraan yang menakjubkan, kedua-duanya pernah menjulang trofi CL dan kejuaraan liga di negara masing-masing..Walaupun mempunyai rekod yang hebat, namun mereka mempunyai falsafah dan personaliti yang jelas berbeza antara satu sama lain..

FALSAFAH

Dari segi falsafah aku boleh katakan agak pelik dan ironic, Jose merupakan manager berbangsa Portugal tetapi mengamalkan corak permainan yang defensive umpama skuad Itali manakala Carletto adalah manager berbangsa Itali yang mengamalkan corak permainan menyerang seumpama Portugal..Yup aku akui strategi defensive Jose menyebabkan dia sukar dikalahkan, terutamanya di Home , tetapi secara jujur aku agak ‘kurengg’ dengan stail bertahan dia yang boleh dikatakan terlampau berhati-hati..Sewaktu zaman Jose, keputusan 1-0 adalah normal dan sekiranya kita sudah menjaringkan 1 gol di minit pertama permainan, kita akan melihat Chelsea bermain Defensive untuk 89 minit yang kemudian..

Di bawah rejim Carletto kita dapat melihat satu sisi yang berbeza dari skuad Chelsea walaupun rata-rata pemain kini masih lagi anak didik Jose..Skuad The Blues kini bertemakan corak menyerang yang jelas lebih menarik dan menghiburkan fan Chelsea sepertimana yang dilakukan oleh Ruud Gullit dan Sexy Football suatu masa dahulu..Season nie merupakan kali pertama kita memperoleh gol sebanyak 93, top scoring record pernah dicatatkan dalam satu musim membuktikan kekuatan serangan kita musim nie di bawah falsafah Carletto..Stail Menyerang Carletto sememangnya disenangi oleh aku, di bwah rejim Don, keputusan 5-0, 6-0 hatta 7-0 adalah sesuatu yang biasa, sesuatu yang tidak mungkin berlaku di bawah rejim Jose..

HUMBLE ONE

Dari segi personality, sudah tentu Jose mempunyai aura karisma yang lebih menyerlah berbanding Carletto..Jika tidak masakan dia menggelarkan dirinya ‘Special One’ , gaya lantang dan tidak takut kepada rival menunujukkan kehebatan persona seorang yang bernama Mourinho, sememangnya ke mana sahaja dia pergi, kekecohan akan berlaku menunjukkan dirinya mempunyai aura istimewa..Apa yang aku respek dari Jose adalah walaupun kadangkala dia agak angkuh, tetapi dia bukanlah seperti tin kosong yang hanya membuat bising, rekod trofi yang diperoleh Jose menunjukkan dia berkata dengan isi dan potensi diri, berlainan dengan Fara Benitez yang hebat berkata-kata tetapi tiada hasil..

Berlainan dengan ‘The Special One’, aku boleh menggelarkan Carletto sebagai ‘The Humble One’ kerana dia lebih pendiam dan merendah diri di sebalik rekodnya yang mengagumkan..Carletto tidak sesekali akan terperangkap dengan Mind Games walaupun sudah beberapa kali Fergie cuba bermain psiko dengan manager Itali nie..Dia lebih suka menonjolkan kehebatan di atas padang berbanding berkata-kata merapu di press conference dan interview..Personaliti Carletto walaupun kurang menyerlah dari Jose tetapi ‘The Humble One’ mengundang rasa hormat dari fan-fan rival Chelsea, sesuatu yang berbeza sewaktu zaman Mourinho di mana dia sering mencipta musuh di sekeliling..

YOUTH POLICY

Jose sememangnya manager terhebat Chelsea, tetapi polisi pemain muda dia memang takde langsung digunakan di Chelsea..Sepanjang rejim Jose, seingat aku pernah sekali je pemain muda Sinclair diturunkan, itupun subs dan lepas tu memang tak nampak muka langsung..Mungkin kerana pressure dari Roman yang mahukan kejayaan segera atau takde youngsters berbakat membuatkan Jose memang tak pakai budak2 akademi kita..

Carletto sememangnya berlainan, aku tak pasti samada takde duit, atau Carletto nie memang pandai dan suka gunakan pemain muda, atau mungkin youngsters kita kini memang best..Di bawah rejim Carletto, youth policy kita berubah, pemain muda lebih diutamakan, dan beberapa pemain akademi semakin disebut2..Kakuta, Sturridge, Hutchinson dan Aanholt antara yang dah semakin mencipta nama musim nie, tak mustahil musim depan diorang nie akan lebih mendapat peluang..Carletto juga dah sebut 5 pemain akademi akan dibawa masuk ke dalam skuad utama musim depan, sememangnya keputusan yang bagus dan aku harap kita mampu membuktikan Chelsea mampu menghasilkan star kita sendiri..Young Blues for the future!!

Kini adalah masa untuk Carletto memadamkan bayang Jose yang sukar dipadamkan buat sekian lama..Kemenangan Double akan merasmikan kedatangan Carletto dan menggantikan tempat Jose di hati Fans The Blues..’The Special One’ sudah menjadi history, kini adalah masa untuk ‘The Humble One’ mencipta sejarah baru!! Good Luck for Carlo!!

No comments: