The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Saturday, April 17, 2010

1 Ombak Biru sedia menggegar London, juga England!!

Apabila match nie berlangsung, kita sudah sedia mengetahui result match antara adik beradik ManCHEATER – City dan United yang bermula lebih awal, mungkin akan favour untukThe Blues, mungkin tidak, namun apa yang penting adalah kita sudah mendahului liga dengan 4 mata, justeru pressure akan lebih terarah kepada pengejar daripada pendahulu..Aku menjangkakan Manure akan kalah kepada Tevez & Co dan kita akan mengganas di Lorong Hati Putih untuk memberikan kata pemutus kepada kejuaraan liga..7 mata di atas akan menjadi Great Finisher dan Smack Down terbaik untuk mengatakan kita sudah pasti menjadi EPL Champion!!

Merehatkan beberapa pemain utama dan memenangi match menentang Bolton di pertengahan minggu merupakan persiapan terbaik untuk Carletto menjelang match malam nie..Spuds juga memenangi match terakhir menentang rival London, Si Meriam namun mereka akan keletihan selepas beraksi 3 match dalam masa seminggu menggunakan pemain yang sama dan aku menjangkakan mereka akan rebah awal sepertimana apa yang kita lakukan kepada Manure yang kepenatan selepas pulang dari Europe..

Kepulangan Malouda, Joey dan Deco yang kepada starting lineup akan menjadi pembuka selera kepada gol2 yang sering hadir apabila trio ini dimasukkan dari awal, kita dapat lihat betapa kita agak kaku menentang Wonderpet tanpa ketiga-tiga player nie yang direhatkan..Malouda dan Joey hanya subs second half jadi agak sukar untuk memberikan perbezaan walaupun Joey hampir menjaringkan gol kedua ketika menentang Wonderpet.

Update kecederaan masih tiada news baru cuma Ivanovic dikatakan hampir pulih dan mungkin akan dipanggil dalam skuad..Ferreira sememangnya bhagian terlemah kita dan dah tentu kepulangan Ivanovic adalah berita baik..Apapon kata2 Don adalah pemutus terakhir, juz wait and see..Berita len Ashley Cole dikatakan sedang training dan mungkin akan beraksi dalam masa dua minggu lagi..tapi aku tak kisah sangat kerana Zhirkov memang beraksi marvelous kini, peningkatan yang menakjubkan, sesuatu yang sama dilakukan Ivanovic apabila Bosingwa injured teruk season lepas..

Tidak perlu la aku cakap banyak kot, formasi malam nie macam biasa tetapi aku yakin persembahan yang luar biasa akan berlaku malam nie..


Skuad malam nie :


-----------Cech-------------
Ferreira-JT-Alex-Zhirkov
---Lamps-Mikel-Deco---
---Joey-Didi-Malouda---


Result Prediction : Tottenhampagas cap ayam (0) – Mighty Chelsea (3)

Aku yakin sekiranya semua berpihak kepada kita malam nie, jelas lagi bersuluh Trofi EPL akan menjadi milik kita secara mutlak minggu nie, mugkin terlalu awal nak excited tapi firasat aku kuat mengatakan Chelsea mahu memutuskan siapakah EPL Champion season nie secepat mungkin, dan aku yakin ini adalah saatnya!! Ayuh ranapkan Spuds, we are PRIDE OF LONDON, KING OF ENGLAND!! KTBFFH!!

Match LIVE ESPN Sabtu 12.25 tgh mlm


1 comment:

fS-86 said...

harap2 manU n arsengal kalah weekend ni, chelsea menang lawan totenham..Next week piala akan berada di SB..Boleh julang next week!!!