John Terry dilucutkan jawatan Kapten England sekali lagi semalam. Cukuplah, its a digrace. Menghukum pemain yang belum disabitkan apa-apa kesalahan oleh mahkamah (berhubung kes racist kepada adik Ferdinand) adalah sesuatu yang amat drastik oleh FA England. Buat pengetahuan anda, keputusan kes perkauman ini hanya boleh diketahui selepas Euro 2012. Situasinya cukup jelas, England sudah tak mahukan JT dalam skuad kerana mereka tak mampu menunggu sebegini lama dalam proses membina skuad untuk kejohanan Eropah nanti. Pendek kata, FA England mahukan JT bersara kerana dikatakan mempunyai kesan negatif pada moral pasukan.
Pada pendapat aku JT tidak bersalah dalam kes perkauman ini, sekurangnya sehinngga keputusan mahkamah keluar. Adakah FA England tunduk di atas desakan media yang bertubi-tubi mempebesarkan kes racism ini dalam akhbar?? JT hanya menjadi kambing hitam untuk meredakan kekecohan ini, dan seperti yang diketahui, media memang tak menyukai JT sejak dahulu lagi.
Kesimpulannya, mengapa perlu memaksa diri?? JT memang mempunyai semangat nasionalisme yang memang dikagumi. Ini dibuktikan apabila dia bermain sepenuh hati ketika WC 2010 di Afrika walaupun ketika itu baru sahaja dilucutkan pangkat sebagai kapten dan armband diberikan kepada Ferdinand. Namun JT tak menyerah kalah kepada tundukan media dan terus mempamerkan aksi mantap untuk Three Lions sehingga diberikan kembali armband oleh Capello buat kali kedua.
Ketika pemain Liverpool hanya tahu menjaga telor sendiri, JT sedia mengorbankan kepalanya untuk England.
Namun apabila kes lucutan kali kedua ini berlaku, bagi aku sudah cukuplah buat Terry. Mengapa perlu berbakti kepada mereka yang tak menghargai?? JT sememangnya tidak pernah beraksi sambil lewa apabila menyarung jersi kebangsaan, namun bagi board FA England, dia hanyalah toksik buat pasukan. Mungkin sudah sampai masanya JT melupakan skuad kebangsaan dan menumpukan perhatian sepenuhnya buat Chelsea. Lagipun macamlah England hebat sangat boleh menang Euro 2012. Puii!!

No comments:
Post a Comment