The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Friday, October 2, 2009

0 Lampard bidas kritikan


Lampard tampil membidas kritikan daripada pihak media tentang prestasi skuad Blues kini. Selepas tewas di tangan wigan 3-1minggu lepas, Chelsea berjaya bangkit dengan mencatat kemenangan 1-0 ke atas APOEL. Namun begitu, kemenangan tersebut tidak dapat menutup kata2 pengkritik berikutan aksi pemain Chelsea yang agak hambar.

Lampard mengatakan kepada The Daily Mail,"Saya tidak tahu mengapa ramai pihak mengatakan kami tidak bermain sebagai satu pasukan. Setakat ini kami hanya kalah sekali sahaja dalam semua kejohanan."

"Perlawanan menentang Wigan memang antara persembahan terburuk kami. Tetapi selepas itu kami berjaya mencatat kemenangan menentang APOEL di gelanggang meraka sendiri. Persembahan penting tetapi 3 mata kemengan adalah lebih berharga. Kami berharap agar kami dapat melayakkan diri dalam pusingan kalah mati secepat mungkin"

Betul gak cakap lampard, pe gune gol banyak2 klau last sekali kalah gak..dalam kejohanan besar mcm Champions League nie, macam2 leh jadi, so setiap mata tu amat berharga woo..

p/s:Media pun xabes2 nak kondem Chelsea, setakat nie Chelsea cume kalah sekali je pn..ak arap Chelsea menang lawan Libepul nanti kasi tutup sket mulut pengkritik neh..haha

No comments: