The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Saturday, October 10, 2009

0 Ballack reject Real


Pemain Midfield Chelsea Michael Ballack menafikan dirinya ada sebarang kaitan dengan isu perpindahan ke Real Madrid. Kapten Jerman ini menegaskan dirinya amat gembira di Stamford Bridge dan mahu menamatkan kariernya bersama dengan The Blues.

"Saya amat komited dengan Chelsea" tegas Ballack. " Saya ingin peminat tahu bahawa saya hadir ke sini untuk memburu trofi dan ingin menjadi antara pemain yang hebat di sini."

"Secara profesional saya dan famili amat gembira berada di London. Segala spekulasi mengenai perpindahan ke Real Madrid adalah tidak benar sama sekali dan saya tidak pernah berniat untuk meninggalkan Chelsea."

"Kecederaan yang saya alami kini amat mengecewakan tapi saya akan berusaha keras untuk cergas dan berlatih bersama rakan sepasukan yang lain"

p/s : aku pun harap Ballack dapat tamatkan karier die kat Chelsea. Watpe join Madrid, duit je banyak las sekali kalah gak.Die nie walaupun tak laju dan dah berumur, bagi aku passing dan vision die sebagai playmaker masih lagi tajam macam Giggs. Bagi aku 2 gol die mase lawan ManKayu dulu mmg gempak r...Long Live Ballack!!

No comments: