The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Monday, October 19, 2009

0 Carletto bukak mulut..

Carletto akhirnye bercerite mengenai kekalahan 1-2 The Blues kepada ASSton kelmarin.Manager Itali nie mengkritik sikap lewa pemain-pemain Chelsea selepas dua kesilapan mudah di dalam kotak penalti membawa padah buat pasukannya.

Chelsea mendahului 1-0 pada minit ke-15 menerusi jaringan Didi, namun Richard Dunne dan James Collins menanduk masuk dua gol mudah hasil kesilapan barisan pertahanan Chelsea. Dua set-pices, dua bolos..pe komen ko Ancelotti??

"Kami tewas pada perlawanan ini kerana kami melakukan dua kesilapan mudah. Kami perlu lebih fokus dalam situasi seperti ini," jelas Ancelotti.

"Saya sangat kecewa dengan corak permainan yang kami pamerkan. Kami tidak mahu kalah kerana kesilapan sebegini dan kami tidak kisah kalah kepada pasukan yang bermain dengan baik daripada kami.

"Aston Villa melakukan tugas mereka dengan baik. Mereka sangat bagus dalam set piece ini."

Begitupun, bekas jurulatih AC Milan itu yakin anak-anak buahnya akan menebus semula kesilapan pada aksi Liga Juara-Juara menentang Atletico Madrid, Rabu ini.

"Apabila kami kalah, sudah tentu kami tidak gembira, tetapi saya rasa setakat ini pasukan kami telah beraksi dan menjalankan tugas mereka dengan baik," kata Ancelotti.

Hmm die mengaku lak die kecewa tapi atas padang die xmenggunakan kekecewaan die tu untuk ubah strategi atau substitute bagi membolehkan Chelsea mng..lagi satu die xcakap lak nape die masukkan Joe Cole lambat sangat..

Sebenarnya ak xsalahkan Ancelotti sangat pn sbab Chelsea pn control possession lam game nie cme xde luck je..Villa 2 pon xkuat mane cme diorang pandai menggunakan kesempatan yang ade..ak cme harap Ancelotti lebih agressive dan pantas dalam membuat keputusan pasnie..dun worry guyz yang lepas 2 dah lepas dan ak harap Carletto bleh amik pengajaran dari game nie..KEEP THE BLUES FLAG FLYING HIGH

No comments: