The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Friday, October 23, 2009

0 Super Frank atasi Greaves

Frank Lampard yang menjaringkan gol ketiga menentang Atletico Madrid kelmarin telah berjaya menambah lagi koleksi golnya untuk Chelsea dan menempatkan dirinya di kalangan 5 penjaring terbanyak sepanjang zaman skuad The Blues dengan 133 gol dalam 422 match keseluruhan.

Frank yang tidak menjaringkan gol sejak Ogos lepas akhirnya berjaya memecahkan badi tersebut dengan rembatan yang cantik dari luar kotak penalti untuk gol pertamanya dalam 9 perlawanan. Selaku pemain yang kerap menjaringkan gol, kemarau jaringan sedikit sebanyak memang menganggu fikirannya dan Lampard mengakui dia amat lega dengan jaringan tersebut sekaligus menepis segala kata-kata kotor media..

“When you are used to scoring fairly regularly, and the goals don’t come, people start asking questions, and sometimes my finishing hasn’t been quite what it was last season,” Lampard said.

“But I always believed they would come and, after a bit of a barren patch, hopefully I’ll go on to score some more now.”

Rekod jaringan Lampard memang menakjubkan kerana dia bermain selaku midfield dan bukannya striker. Rembatannya yang padu dan tepat ke arah gawang lawan sememangnya menjadi senjata utama Lampard untuk terus menyumbat gol demi gol dalam kariernya. Tambah menakjubkan gol terbarunya ke-133 tersebut telah membolehkan dirinya mengatasi seorang lagi legenda The Blues iaitu Jimmy Greaves

James Peter 'Jimmy' Greaves yang merupakan striker legenda The Blues telah menjaringkan 132 gol dalam 169 match untuk Chelsea. Player kelahiran London nie juga merupakan penjaring ketiga terbanyak sepanjang zaman untuk England. Die nie mmg prolifik dan boleh dikatakan antara penyerang terbaik yang pernah dimiliki oleh Chelsea dan juga England suatu ketika dulu.

Chelsea all-time top scorer :
  1. Bobby Tambling (202)
  2. Kerry Dixon (193)
  3. Roy Bentley (150)
  4. Peter Osgood (150)
  5. Frank Lampard (133)
  6. Jimmy Greaves (132)
  7. Didier Drogba (101)
Midfield mengatasi striker?? fenomena yang aneh tapi dengan statistik kat atas menunjukkan tiada apa yang mustahil sekaligus membuktikan lampard memang berada di kelasnya yang tersendiri berbeza dengan pemain yang lain..dengan jaringan yang bukan sahaja berdozen2 banyak malah hadir di dalam perlawanan yang penting dan suasana yang genting ak memang tabik habis kat Super Frank dan die sememangya THE TRUE LEGEND..adakah die mampu mengatasi Bobby di kedudukan teratas?? dengan umur Lampard kini 31, bagi aku umur bukan penghalang dan ak yakin die masih ad banyak lagi koleksi gol yang ingin ditunjukkan..Jika Zidane, Zola dan Giggs mampu melakukanyya kenapa tidak Lampard??


LAMPARD = LEGEND


No comments: