The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Thursday, October 22, 2009

0 Amukan Ombak Biru

Amukan ombak biru melanda London semalam menandakan satu kebangkitan dan prestasi yang mengagumkan buat skuad The Blues di peringkat Eropah musim ini...Atletikus Madrid tewas besar dengan kekalahan 4-0 di Stamford Bridge semalam ...6 gol, 3 clean sheet, dan 3 kemenangan dari 3 match setakat nie sememangnya suatu keputusan yang menakjubkan dan membolehkan Chelsea merajai group D dengan 9 mata penuh..

Di hadapan penyokong sendiri di Fortress Stamford Bridge, barisan skuad Chelsea menampilkan permainan yang menarik dan berkesan dengan penguasaan di bahagian midfield yang diterajui oleh lampard-deco-ballack-essien..corak permainan diamond yang diterapkan oleh ancelotti bagi aku sudah hampir berjaya dikuasai oleh barisan pemain Chelsea dengan beberapa one two dan passing yang lancar berjaya di lakukan..keempat2 player midfield nie memang terbaik dan walaupun x menggunakan winger semalam (malouda@ Joe) bahagian tengah yang dikuasai otai playmaker seperti deco memang hebat dalam merencana serangan team..

Terdapat beberapa perubahan dalam 1st team semalam dengan carvalho direhatkan dan ivanovic diletakkan selaku CB..Beletti masuk menggantikan posisi Boxing yang injured..striker gandingan Nik dan Kalou mengetuai bahagian serangan dengan Didi suspended..

Permulaan game memang rancak dengan tandukan ala helang Forlan berjaya ditangkap kemas oleh Cech..Lampard hampir berjaya menjaringkan gol pertama untuk team bile keeper Tikus gagal menolak kemas free kick Lampard tapi gol dibatalkan sebab Kalou offside..Chelsea seterusnya menguasai permainan dan kalou mensesiakan peluang dengan fast passing canthek antara deco dan Ballack berjaya memecahkan offside trap Tikus dan membuka laluan untuk Kalou menjaringkan gol dengan tinggal keeper sekor je kat bawah tapi penyudah yang Out mmg menghampakan..tapi xlame pastu Kalou dapat gak tebus balik kesilapan die dengan gol pertama..bermula dari lampard, dummy dari belleti , assist dari ash dan penyudah dari kalou..memang smart abes r gol nie (usha Highlight)..

2nd half bermula dan The Blues menggandakan asakan untuk mencari gol tambahan..Kalou sekali lagi mencetak gol dengan tandukan dari corner lampard..ak mmg puji abes r kalou malam nie sebab die mmg klinikal malam 2..mgkin sebab aritu dapat naik gaji kot haha..Pemain buruan Chelsea Aguero hampir menjaringkan gol pastu lepas counter tapi naseb bek cech sempat save.. Kun Aguero ak tgok kurang menjadi mgkin sbb teammate die sume men teruk..

Chelsea menambah derita madrid dengan Lampard berjaya menjaringkan gol ketiga dan juga gol pertama nye dalam 9 match musim nie..bagi sesapa fan Lampard boleh tarik nafas lega r...Gol nie boleh dikira memang specialist lampard sebab rembatan die mcam bese mmg padu dan menuju ke sudut bwah gawang..Madrid yang sangap gol akhirnye dapat satu gol tapi cech hanya tersenyum sinis di hujung sana sebab player madrid yang sangap 2 bleh lak wat lawak minit terakhir dengan own gol di gawang sendiri..Malouda dapat r assist satu huhu..

Ancelotti sememangnya master dekat CL nie dengan celsi ak tgok mempunyai perwatakan yang berbeza di Eropah, lebih konfiden dan mantap..Sememangnye experience die yang menang 2 CL x boleh dipertikaikan lagi..Dengan hanya 2 mata di perlukan untuk layak dalm 3 match terakhir, Didi dan boxing bakal kembali, The Blues dilihat sudah menjejakkan sebelah kaki untuk pusingan kalah mati..Adakah Ancelotti bakal menjadi manager pertama yang berjaya mengemudi Chelsea untuk menjuarai Piala Eropah buat pertama kali?? sama2 kita nantikan..

No comments: