The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Sunday, October 25, 2009

0 5 Star Show!!

The Blues meneruskan rentak kemenangan dengan membelasah Blackburn rovers 5-0..Permainan yang tersusun, Passing yang cantik, Skill yang memukau dan Finishing yang superb merupakan antara elemen yang Berjaya ditonjolkan oleh barisan player Chelsea semalam..Corak permainan yang amat menghiburkan berjaya diterapkan oleh Carletto kedalam pasukan dan ini sememngnya antara aksi terbaik team kita season nie..Sememangnya 5 bintang!!

Ketiadaan Ash dan Boxing tidak dirasai sebab Ivanovic dan Belletti yang turun selaku pengganti sememangnya tidak mengecewakan..Carvalho kembali selaku CB..Tapi apa yang menggembirakan ak adalah kembalinya Joe Cole dalam starting line up..nie merupakan penampilan pertamanya dalam skuad utama selepas musim kecederaan yang panjang..Rovers sememangnya menempah maut awal dengan startin lineup tanpa Samba, Dunn dan Di Santo..Kunjungan ke Lembah Maut Bridge sememangnya satu kesilapan besar diorang malam semalam..

Chelsea berjaya membuka jaringan pada minit ke-21 apabila Givet own gol berpunca dari hantaran lintang Nik..Didi cuba menambah gol ke-2 Chelsea dengan rembatan padu ala2 shaolin soccer dari luar kotak penalti berjaya ditepis keluar oleh Robinson Crusoe..Chelsea kembali mengasak dan Robinson sekali lagi menjadi penyelamat apabila berjaya menepis volley dari Terry membolehkan separuh masa berkahir dengan 1-0..

Second half bermula dan seperti ketika menentang Madrid, Chelsea tak menunggu lama untuk menambah gol kedua dengan kali nie Lampard muncul selaku scorer dengan rembatan dari jarak dekat hasil hantaran Didi...Rovers semalam memang hampeh sebab selalu bukak ruang untuk player2 Chelsea menyerang..Essien mengeksploitasi keadaan tersebut dengan rembatan deras dari luar kotak umpama Peluru berpandu dengan kelajuan 2.5 Mach..Selepas itu Chelsea mendapat sepakan penalty apabila Didi dikasari oleh Nelsen..Lampard seperti biasa tidak silap dan menjaringkan gol ke-3 die dalam 2 perlawanan..Didi meneruskan konsistensi die selaku penjaring tetap The Blues apabila menanduk masuk gol kelima Chelsea hasil corner Ballack..bagi aku die mmg layak mendapat gol malam nie sebab die banyak berkorban untuk team dan assist untuk teammate die yang lain..

Dengan 3 mata konfem dalam tangan, Carletto melakukan beberapa pertukaran dan Fereira dan 2 pemain muda Chelsea iaitu Bruma dan Sturridge dibawa masuk..Substitute nie mmg positif dan membolehkan pemain muda nie dapat experience dalam match kompetitif seperti EPL..harap diorang leh dapat banyak peluang lagi pasnie..

Joe Cole yang dibawa keluar mendapat standing ovation dari penonton dan ak mmg terhbur dengan corak permainan Joe semalam; banyak skill, lincah dan cergas dan nie menunjukkan die still antara pemain terbaik untuk skuad Chelsea walaupun dah lama berehat..ak harap die dapat kontrak baru xlama lagi..Bagi aku die sememangnya sesuai diletakkan sebagai pemain di belakang 2 striker..Setelah Carletto beberapa kali melakukan eksperimen dengan Lampard, Malouda dan Deco gagal di posisi ini, ak rase Joe Cole adalah Jawapan tepat dan merupakan pelengkap strategi Diamond Ancelotti yang semakin hari semakin mantap..

Dengan kemenangan nie kita berada di puncak liga dan ak harap MU kalah di tangan Libepul malam nie..CHELSEA TILL I DIE!!

Highlight :



No comments: