The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Wednesday, December 16, 2009

0 Defend cam syial!!


Defend mmg cam syial!!! 10 gol dalam 4 game..pe nak jadi ngan bebudak defender nie, makan gaji buta ke?? Tiada yang lain ak salahkan melainkan Petr Cech semata2 kerana menjaringkan gol cantik untuk gol pertama dan menjadi tunggul kayu untuk gol penyamaan ke -3 Evertongsampah..

Dengan skuad utama digunapakai selepas berehat menentang team Appolo, tiada sebab untuk fatigue atau masalah kecederaan..Hanya Essien, Kalou, Sturridge, Deco dan Bosingwa yang tercedera di mana rata2 bukanlah regular starter kecuali The Beast Essien yang bermalam di Wad London 3 minggu..Didi, Nik, Frank dan JT yang merupakan tulang belakang skuad tetap ada di dalam first team dan tidak ad sebab mengapa kita harus gersang lagi minggu nie..

Pemain The Blues masuk padang x guna kaki kanan, mgkin lupa diajar oleh Nik yang beragama Islam so rata2 pemain memulakan permainan dengan langkah kiri di mana Evertong gol awal dengan jaringan bodoh dari bahu Big Pete..1-0 untuk Si Tong..Hanya Didi yang ak puji dalam game ini..penuh kesungguhan dan naluri pemusnah untuk memberikan kemenangan untuk pasukan membolehkan Didi menjaringkan gol pertama The Blues untuk menyamakan kedudukan hasil hantaran Lampard..Nik rasa tercabar dengan partnernya lalu menjaringkan gol kedua..Tapi kebangangan defend akibat dihentak Blackburn dulu masih dirasa so Yakult menjaringkan gol penyamaan Si Tonggas selepas kekacauan di kotak penalty Chelsea seumpama adanya pengebom berani mati masuk padang..

Second Half meneruskan babak yang berulang, Didi sahaja yang berkobar2 mencari gol dan pada minit ke-58 The Blues sekali lagi mendahului dengan volley cantik dari Didi..Cech bergembira, para pemain yakin kegersangan diorang bakal ditamatkan malam nie..Tetapi set piece sekali lagi menjadi igauan seumpama di Villa Park, free kick ke dalam kotak tidak ditanduk kemas oleh defender, dan terkena kepala Saha untuk gol ke-3 Tonggas dengan Big Pete menjadi Small Pete kerana hanya melihat bola melalui kepala dan topi ragbinya..pasangan pensel 2B dimasukkan iaitu Beletti dan Borini namun tiada keajaiban mampu dilakukan..match berakhir dengan kehampaan 3-3 meneruskan kegersangan dalam 4 match berturut2..

Didi ak memang salute, dengan 18 gol dah disumbatkan musim ini, tue belum kira assist dan performance die selaku teamwork player, ak boleh katakan dia sememangnya pemain terbaik kita musim ini..seperti mengetahui kehilangannya ke Afrika nanti bakal dirasai rakan seperjuangan, Didi memberikan persembahan menakjubkan dalam match2 terakhir seolah2 hadiah perpisahan sebelum hilang sebulan bermula selepas menentang Fulham..Didi beraksi dengan sepenuh hati dan ak harap dia dapat sumbat lebih banyak gol untuk cover die mase x men bulan Jan nanti..KEEP IT UP DIDI!!

Bahagian pertahanan sememangnya masalah besar kita kini dengan set piece adalah salah satu punca utama..lepas lawan Villa ak tgok dah okey tapi skang dah jadi balik mgkin Carletto perlu bertindak semula?? Cech bagi aku perlu perbaiki lagi keyakinan dia menepis bola2 tinggi, adakah masih trauma atau rindukan kepala lutut Hunt?? GK sepatutnya menjadi makhluk yang paling berani dan tangkas di dalam kotak penalti seperti singa di dalam territory nya..atasi fobia, ak yakin Cech masih keeper terbaik dunia dan ak berharap dia akan membuktikan kata2 ak tepat!!

Wa salute sama lu Agbonlahor (walaupun nama ko x sedap haha)

Namun sebangang2 defender Chelsea, bangang lagi team Setan kerana dibakar hidup2 dengan api Neraka Jahanam di rumah buruk old kerepot oleh Villa hasil tandukan panas membakar Agbonlahor..haha padan muka Setan dan nie membolehkan Chelsea kembali mendahului dengan 3 mata di persada liga..nasib masih menyebelahi The Blues dan ak harapkan kita dapat menggunakan peluang ini sepenuhnya untuk kembali yakin dan mencatatkan prestasi yang lebih konsisten..Porstmouse menjadi lawan khamis nie dan bahang full speed sewaktu krismas sudah mula terasa..diharapkan kita mampu menang secepat mungkin seterusnya memulakan musim busy Boxing day dengan keyakinan tinggi!!

Match Highlight :

No comments: