The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Thursday, December 24, 2009

0 Sumbangan Terakhir!!

Para pemain Afrika kini diharapkan mampu memberi jasa2 terakhir diorang sebelum berlepas bagi persiapan kejohanan benua diorang..Didi, Mikel dan Kalou (serta Essien yang masih injured) akan dirindui dalam masa sebulan jadi ak mahu mereka menghadiahkan mata kemenangan dengan menewaskan Birmingham malam ini sbagai hadiah perpisahan yang bermakna!!

Tanpa Anelka yang cedera, ini bermakna Sturridge akan berduet dengan Didi di barisan hadapan sebagai balasan persembahan menariknya menentang West Ham..The Beast Essien dan Big Boss Bosingwa stiil dalam wad dan tidak akan menyertai skuad cam bese..Zhirkov ak harap dapat diberikan lebih kepercayaan oleh Carletto di bahagian Midfield coz kita sendiri dapat lihat aksi lincah dan pantas pemain Russia nie memang bahaya semasa menentang West Ham jadi ak harap ketiadaan Essien dapat membuka ruang untuk Yuri beraksi..

Didi seperti biasa akan sentiasa menjadi igauan ngeri bagi mana2 keeper di England dan naluri pemusnahnya membolehkan Didi menjadi calon terbaik kasut emas musim nie..Malam nie dengan gersang semasa menentang West Ham ak mahukan Didi kembali bernafsu ntuk menambah koleksi golnya sebagai backup ketiadaannya di bulan Jan nanti sekaligus menjadi gol perpisahan yang terbaik untuk Chelsea..Keep it up Didi!!

Mengenai Birmingham, apa yang pasti diorang x bleh di pandang rendah apatah lagi selepas kita seri dengan pasukan tangga kedua dari bawah minggu lepas menunjukkan mana2 pasukan dalam liga nie adalah ancaman terhadap Chelsea..Sebastian Larsson adalah yang perlu diberi perhatian sebab die nie jarang miss gol jika mendapat peluang..Sebarang kesilapan sekali lagi di bahagaian defence pasti akan membawa padah dan ak berharap kita dapat clean sheet pertama bulan Disember nie..Rehat seminggu bagi aku dah cukup untuk player2 The Blues menjana tenaga dan pemikiran untuk kembali segar dan bersemangat semula..Ayuh buktikan kita mampu bangkit!!

Formasi malam nie :

-----------Cech-------
Ivanovic-JT-Carvalho-Ash
Yuri-Lampard-Mikel-Joe-
-----Sturridge-Didi----

Result Prediction : Birmingham (0) - Chelsea (2)

Match LIVE - ESPN 8.40 mlm

No comments: