The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Monday, December 21, 2009

0 Nice To Meet You

Pertemuan yang tidak mengejutkan - sudah dijangka tapi sudah tentu amat menarik..Special One yang merupakan lagenda The Blues yang sukar dicari ganti akan menjadi penghalang Chelsea di pusingan kalah mati Champion League dengan perlawanan pertama akan berlangsung di Milan sebelum kembalinya Jose ke Stamford Bridge buat kali pertama pada 24 Feb nanti..Adakah masih ada sorakan ‘Jose Mourinho’ untuk Special One??

Walaupun sudah meninggalkan Chelsea hampir 2 tahun, aura Jose masih dirasai di Stamford Bridge kerana rekod yang menakjubkan dibawa oleh beliau kepada The Blues-Dua kejuaraan liga, satu FA Cup dan satu Carling Cup membuktikan kehebatan Jose yang mampu menyapu semua kejuaraan di England dalam 4 tahun kepimpinan beliau sebelum pergaduhan dengan Big Boss Roman..Hanya satu sahaja kejuaraan yang tidak mampu digapai oleh Jose iaitu Champions League dan kali ini walaupun lagenda ini banyak berbakti untuk kelab, para pemain The Blues akan memastikan impian beliau tidak akan tercapai..Di luar padang dia adalah orang yang akan kita ; fan dan player hormati selama2 nya tetapi di atas padang dia adalah lawan kita dan hanya sesiapa yang memakai logo Chelsea di baju mereka yang akan kita sokong..


Ramai manager telah datang silih berganti selepas pemergian Jose; Grant, Scolari dan Hiddink semuanya gagal menjadi pengganti tetap Jose yang masih terpahat kuat di hati peminat2 Chelsea..Siapakah yang mampu melupakan kata2 sinis dan kerek nya sewaktu memimpin Chelsea?? Pergaduhan mulut dengan Fergie dan Benitez adalah sesuatu yang memang menarik dan bagi aku kehadiran Jose ketika itulah yang menghangatkan suasana EPL sehingga menarik minat peminat2 bolasepak dunia menjadikan liga Inggeris sebagai liga paling popular dunia..Mungkin ada yang mengatakan dirinya bongkak tapi bagi aku dia bukanlah seumpama tin kosong yang hanya bercakap tanpa hasil..Jose membuktikan kata2 nya dengan trofi dan tidak ramai yang mampu berjaya sepertinya..


Namun Carletto merupakan pemimpin kita kini dan kita harus berdiri di belakangnya untuk dalam misi menumpaskan Inter kendalian Jose sekaligus mencerahkan peluang untuk meraih Piala Eropah buat kali pertama..Seakan sedar aura Jose masih kuat di kem The Blues, apatah lagi barisan skuad Chelsea masih lagi dipenuhi dengan barisan anak didik The Special One, Carletto hadir dengan falsafah baru iaiti formasi Diamond demi ingin menerapkan falsafah baru dalam pemikiran pemain Chelsea sekaligus melupakan taktikal dan pengaruh Jose dalam corak permainan diorang..Aura Jose masih ada, namun sudah berkurangan..Keengganan Didi, Lampard dan Carvalho ke Inter walaupun mendapat minat dari Special One membuktikan Jose bukanlah segala2 nya bagi diorang kerana Stmford Bridge adalah rumah mereka dulu, kini dan selama2nya!!


Pertemuan dengan Inter akan berlangsung Feb nanti, sesuatu yang melegakan kerana bintang2 hitam kita sudah pulang dari Afrika, tambahan pula Bosingwa juga mungkin akan kembali bermaksud kita akan berhadapan dengan mereka dengan kekuatan penuh!! Diharapkan kita mampu memenangi match ini dan membuktikan kepada Jose kita mampu berjaya tanpa beliau!! Keep The Blues Flag Flying High!!



No comments: