The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Wednesday, November 25, 2009

0 Kuda Tua jadi sasaran???

Hampir nak tergelak aku bila membaca Chelsea dikhabarkan ingin membeli dua superstar (atau old superstar) iaitu uncle Gattuso dan pakcik Inzaghi..Selepas dikaitkan dengan Player Milan yang lain Pirlo dan Pato, kini The Blues dikatakan ingin membeli Muke mafia Gattuso dan Si Kuat Jerit Inzaghi pada bulan Januari nie..

Gattuso dan Inzaghi dikatakan ingin keluar dari Milan kerana sering diketepikan dari skuad utama oleh manager Milan, Leonardo di dalam formasi terbarunya..Dengan WC semakin hampir, sudah tentu kedua2 player nie nak terpilih di dalam skuad Itali jadi untuk mendapatkan tempat tersebut mereka memerlukan masa bermain yang maksimum..Chelsea sekali lagi dikaitkan kerana bekas manager diorang Carletto berada di Chelsea dan dia mungkin memerlukan beberpa pemain tambahan untuk menempung ketiadaan player Afrika bulan Januari nanti..

Adakah kita memerlukan kedua player nie?? Sudah tentu tidak perlu..Bukan ingin menidakkan kehebatan Inzaghi dan Gattuso yang bagi aku memang legend di Milan tapi faktor umur dan kecergasan perlu diambil kira..Bagi aku tidak guna membeli player tambahan jika hanya ingin digunakan untuk jangka masa pendek sahaja iaitu satu bulan selama Piala Afrika berlangsung..Skuad Chelsea yang sedia ada bagi aku memang sudah cukup ampuh untuk menampung ketiadaan bintang Afrika nanti walaupun tanpa pembelian baru dibuat..Persembahan menarik dari Kakuta, Borini dan Matic menunjukkan kita tidak ketandusan pemain2 muda yang boleh diharapkan selaku pengganti terbaik skuad utama masa kini dan akan datang..Forget The Big Name, Long Live Young Blues!!

No comments: