
Seperti yang dijanjikan, Carletto membuat beberapa pertukaran dengan ivanovic, Ballack, Deco, Zhirkov dan Carvalho dimasukkan ke dalam skuad setelah terlepas perlawanan menentang Wolves hujung minggu lepas..apa yang mengejutkan adalah kelibat Didi yang dimasukkan dalam first team walaupun Carletto mengatakan sebelum nie yang die belum bersedia..Supprise??
Match nie mmg fight sebab Porto bermain di halaman sendiri..dengan kekuatan sorakan dan sokongan di belakang mereka, Porto terlebih dulu melakukan beberapa asakan berbahaya dari gandingan Belluschi, Falcao dan Rodriguez tetapi Cech ternyata kebal dalam match nie..Shot2 berbahaya dari trio nie berjaya ditepis oleh Big Pete yang ak boleh lihat tidak di support sepenuhnya oleh Defender yang kerap memberi ruang kepada pemain2 Porto melancarkan serangan..Fist half banyak didominasi oleh home team dengan hanya sesekali Chelsea melancarkan serang melalui Anelka dan Malouda yang bagi ak memang pemain terbaik Chelsea dalam match nie..Malouda memang pandai membuka ruang untuk rakan2 dan kelajuan dan cross Malouda memang meresahkan defender Porto cuma tiada siapa yang menyudahkannya ..Mgkin layak menjadi regular starter pasnie?? Didi menghilang tanpa arah tuju dalam game nie..mgkin kesakitan di rusuk masih menggangu permainan Didi, harap2 tidak melarat sehingga ke Emirates ahad nie..


Deco dikeluarkan untuk memberi laluan kepada Joe Cole dan Deco diberikan standing ovation oleh fan2 home team yang masih mengingati jasa beliau selaku hero yang membawa kejuaraan Eropah kepada Porto pada tahun 2004 di bawah bimbingan Jose Mourinho..Deco menjaringkan salah satu gol di final menentang Monaco dengan result penuh 3-0..

Dengan nie skuad Chelsea leh menumpukan perhatian ke aksi liga pula menentang Arsenal ahad nie di tempat lawan..Kemenangan Ahad nie akan meninggalkan diorang sebelas mata di atas dan dah tentu akan mengecilkan saingan antara Chelsea dan MU sahaja..Harap Didi dan Lampard dapat fit sepenuhnya sebelum Ahad nie..Prestasi yang cemerlang setakat nie dan kebolehan skuad Chelsea bertukar2 player tapi tetap memperoleh kemenangan dan mampu beraksi menarik sememangnya mengagumkan dan membuktikan The Blues mempunyai kekuatan dalaman yang hebat...Thumbs Up untuk Carletto kerana berjaya membawa Chelsea ke tahap ini..Keep The Blues Flag Flying High!!
Match Highlight :
No comments:
Post a Comment