The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Tuesday, November 3, 2009

0 Kunjungan ke Vicente Calderon

Chelsea akan bertandang ke Vicente Calderon, Sepanyol malam ini menentang Atletikus Madrid bagi aksi Liga Juara-Juara sebelum match showdown menentang Manure hujung minggu ni..Masih segar dengan kemenangan 4-0 ke atas Bolton, skuad The Blues pasti tampil dengan penuh bersemangat untuk mencari 3 mata penuh bagi menempah tiket ke pusingan kalah mati..Jangan dilupakan rentetan kemenangan besar kita dalam 4 match setakat nie bermula apabila kita membelasah team yang sama Atletikus 2 minggu lalu dengan kemenangan 4-0 dan ak harapkan ia akan berterusan.

Prestasi skuad The Blues memang tengah meletup2 sekarang nie dan nampak seperti sukar dihentikan..haha bagus2 xyah behenti pon xpe ak suke tengok chelsea on form camnie..Bahagian midfielder le yang paling hebat sekarang nie sebab boleh kata sume player menunjukkan prestasi yang cemerlang dan ak pasti Carletto mesti pening kepale nak pikir sape yang patut dimasukkan untuk mencorakkan formasi diamond beliau..

Antara yang menyerlah mestilah Deco dan Joe Cole..Deco yang dah menjaringkan 2 gol dalam 2 game terakhir pasti mahukan kedudukan di kesebelasan utama..Jangan dilupakan Joe Cole walaupun belum menjaringkan gol lagi, sape yang usha game Chelsea pasti tahu apa kelainan yang mampu diberikan Joe Cole; gaya permainan yang kreatif dan larian yang sukar dibaca memang menjadi nadi kekuatan Joe dan die memberikan satu dimensi baru dalam corak serangan Chelsea..Walaupun jarang main Malouda tetap antara player terbaik Chelsea dan akan mengintai sebarang peluang..dengan Essien, Ballack dan Lampard bagi aku adalah untouchables di bahagian tengah, hanya satu posisi attacking midfielder yang boleh direbut, Joe, Deco dan Malouda kini perlu bersaing untuk menjadi pilihan utama Ancelotti..so Carletto, sape ko pilih??

Atletikus Madrid masih lagi dalam kepincangan walaupun dah bertukar manager..Quique Sanchez Flores yang pernaha mengemudi Valencia mase lawan Chelsea dulu masih belum mampu mngubah nasib pasukan die yang kalah aritu di tangan Athletic Bilbao 1-0..Tapi selalunya setiap manager baru die akan ad impak die yang tersendiri so ak harap player Chelsea jangan terlampau konfiden dan berhati2 dengan sebarang kejutan malam nie..

Untuk game malam nie, Ash bakal kembali ke dalam skuad selepas pulih dari kecederaan dan sudah sama2 diterbangkan ke Spain semalam bersama2 teammate yang lain..player lain Boxing, Mikel dan Zhirkov still dalam wad sakit Bridge di London..Didi walaupun semalam ak bace ad slight injury arini carletto kata die dah pulih dan mungkin diturunkan untuk pertama kali dalam CL musim nie..KING IS BACK!!

Dengan match menentang Mankayu dalam bayangan, ak harap Carletto akan merehatkan beberapa pemain utama untuk game menentang Atletikus malam nie bagi mengelakkan kecederaan..Ak nak kite menentang Mankayu dengan full strength supaya kita boleh belasah diorang cukup2 kali nie hehe..Didi antara yang perlu direhatkan..walaupun dah pulih ak harap Carletto akan merehatkan die sebab die antara player utama yang diperlukan mase lawan team setan nanti..dengan Joe haritu rehat dan mungkin masuk dalam pasukan malam nie, ak rase skuad mempunyai artillery yang cukup untuk membenam Atletikus sekali lagi walaupun tanpa Didi..

Formasi malam nie :

------------Cech----------------
--Ivanovic--JT--Carvalho--Ash---
---Essien--Ballack--Lampard---
-------------Cole------------
----------Kalou--Nik---------

(didi boleh subs second half)

Ak nak Joe Cole gol malam nie kalo die main..setakat nie Chelsea xpernah kalah dalam 5 match kat spain dan ak yakin kita akan menang lagi malam nie..KEEP THE BLUES FLAG FLYING HIGH!!

Match Prediction : Atletikus 0-Chelsea 3

Match Live kat Astro Star Sport (813) pukul 3.40 pg Rabu


No comments: