The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Tuesday, November 3, 2009

0 Didi vs Kun


Keputusan seri 2-2 menentang Atletikus semalam menamatkan rentetan hebat 4 kemenangan berturut2 chelsea tapi xmengapa sebab ape yang penting sekarang adalah skuad The Blues telah berjaya melayakkan diri ke pusingan kalah mati dan apa yang perlu dilakukan adalah memastikan agar kita dapat menamatkan 2 match terakhir selaku pendahulu Group D..Congrats Chelsea!!

Match semalam berkisar mengenai ketajaman dua striker; Didier Drogba dan striker buruan Chelsea, Sergio Kun Aguero..Kedua2 nya menjaringkan dua gol dan dan merupakan detik terhebat match semalam sebab kebanyakan gol dijaringkan di hujung permainan..

Chelsea yang bertandang ke Sepanyol memulakan match semalam dengan Deco, Ballack dan Anelka di rehatkan di bangku simpanan manakala Kalou, Joe Cole dan Malouda di bawa masuk untuk membantu Didi di bahagian serangan....ak boleh nampak Carletto nak merehatkan beberapa pemain untuk match menentang Manure..Ash kembali kedalam first team selepas pulih dari kecederaan tapi ak boleh lihat dia masih x fit sebab tidak efisien seperti biasa..Harap leh perform lawan team setan nanti..Ak terkejut gak semalam sebab Atletikus meletakkan Aguero di bangku simpanan di awal match..

First Half agak bosan dengan banyak try dilakukan dari long shot dan diganggu dengan tackle 2 yang x diperlukan...Kalou nampak menghampakan dan Joe Cole gak kurang berbisa malam nie..hanya didi nampak bersemangat untuk mencari gol..Berbeza ngan game Milan-Madrid yang rancak di awal permainan tapi bosan mase second half..

Separuh Masa Kedua bermula dan nampak ada semangat baru mungkin selepas terkena bebelan Carletto barulah player2 sedar dari lamunan diorang..Didi memberikan amaran awal dengan free kick yang hampir menerjah gawang cuma ditepis Asenjo dan terkena tiang..Kemasukan Bintang Argentina Kun Aguero pada minit ke-54 memang memberikan perbezaan kepada skuad Atletikus yang nampak agak lesu dengan menjaringkan gol pertama hasil volley yang padu di dalam kotak penalti..ak mmg xsalahkan Cech sebab mmg susah nak tepis bola giler babas laju camtu..Tersentak dengan gol Kun, Carletto segera menukar strategi dengan memasukkan Ballack, deco dan Nik menggantikan Essien, Joe Cole dan Kalou yang dilihat kurang berkesan malam ini..

Percaturan Ancelotti memang mengena sebab Chelsea kembali mengawal permainan..ak mmg salute r kat Ballack sebab die mmg cool kat tengah dan sememangnya memberikan chelsea kekuatan possesion..Guess what?? The Blues berjaya mencari gol penyamaan hasil tandukan padu The Comeback King Didi pada minit ke 83..Ak membayangkan match akan berakhir seri tapi Didi membuktikan mengapa dia antara penyerang terhebat di Eropah dengan menjaringkan Gol kedua hasil larian solo yang menarik melepasi 3 defender Atletico dengan game berbaki 3 minit..

Tapi match nie memang dramatik dan penuh dengan kejutan; sememangnya Bola itu Bulat..Atletikus memperolehi free kick di luar kotak penalti di akhir match dan Kun Aguero menunjukkan kepada Roman, Carletto dan Fan The Blues kenapa kita harus mendapatkan die jika berpeluang..Sepakan Free kick yang melencong cantik menuju ke bucu gawang sememangnya sukar ditepis oleh Cech..Kun sememangnya striker berkelas dunia dan ak xbleh bayangkan apa akan berlaku jika dapat menggandingkan die dengan Didi..Sama kuat, sama handal dan yang paling penting sama2 mempunyai ketajaman yang luar biasa di depan gol..Sememangnya Dream team!!

Bolos di last2 minit memang kelemahan Chelsea dari dulu lagi dan ak harap xkan berulang lagi terutamanya dengan adanya match besar hujung minggu nie..Walaupun kecewa x menang semalam, kita harus berbangga sebab berjaya menunjukkan kebangkitan yang hebat di 10 minit terakhir dan beraksi di tempat lawan memang sukar jadi keputusan seri adalah fair result sebab kedua2 team pon seimbang semalam..ape yang best Didi sememangnya membuktikan dia antara Penyerang Terbaik Dunia dan Carletto mengakui yang dia xkan menukar Didi dengan mana2 striker lain sebab Didi is THE BEST!!..yang paling penting adalah xde kecederaan dialami oleh player2 semalam dan nie merupakan persiapan terbaik Chelsea dengan Didi memang berada di top form dan ak yakin die mesti score pye Ahad nie hehe..Football is the game, Blue is the Colour!!

Match Highlight :


No comments: