Kemenangan besar 4-0 ke atas Bolton di Reebok Stadium semalam akhirnya membolehkan Chelsea berjaya memecahkan badi di tempat lawan dan ini kali kedua team Bolton di’ayam’kan 4-0 oleh Chelsea dalam masa 4 hari..Pesta Gol berterusan lagi untuk skuad The Blues dan kita telah menjaringkan 17 gol keseluruhan dalam empat perlawanan terakhir tanpa dibolosi hatta satu gol pon..Ancelotti tidak melakukan banyak perubahan semalam yang berbeza dari expectation aku kecuali Deco dimasukkan selaku starter dan Joe Cole direhatkan manakala Paulo Ferreira meggantikan Ash yang injured di posisi left back..
Deco semalam memang beraksi cemerlang dengan beraksi sebagai Attacking midfielder di samping Lampard..Pendirian Ancelotti untuk mengekalkan Deco dan Carvalho yang dikaitkan dengan Inter memang berbaloi sebab diorang nie boleh dikatakan antara tulang belakang di atas kehebatan Chelsea musim nie..Kekuatan dalaman Chelsea di bahagian midfield memang tak boleh dipertikaikan lagi..tanpa Joe Cole yang direhatkan sepenuhnya semalam, gerakan di bahagian tengah tetap berbisa dan aku harap Deco mampu mengulangi prestasi die semasa di Barcelona dan Porto dulu..
Kemenangan nie menyaksikan Chelsea kini mengumpul 27 mata selepas mengharungi 11 perlawanan liga dengan diikuti rapat oleh MU yang menang gak semalam..Minggu depan mmg penting sebab kita akan bertemu dengan team Setan 2 dekat Fortress Stamford Bridge tapi sebelum tue jangan lupe ada match CL menyelit di tengah menentang Atletikus di Sepanyol rabu nie..Harap terus mengekalkan momentum dan tiada kecederaan sebelum menentang MU nanti..CHELSEA FOR LIFE!!
Match Highlight :

No comments:
Post a Comment