The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Sunday, November 29, 2009

0 JT The 300!!

Match menentang Porto bukan sahaja memberikan Chelsea kedudukan teratas di dalam peringkat kumpulan, malah ia juga merupakan match yang bersejarah untuk Captain Marvel kita, John Terry kerana ia merupakan penampilan ke 300 beliau selaku Captain The Blues!!

John Terry pertama kali ditabalkan selaku Captain Chelsea oleh Claudio Ranieri menggantikan senior beliau yang turut merupakan legendary center back, Marcell Dessaily..Keupayaan JT selaku natural leader turut diakui oleh manager Chelsea yang lain; Jose Mourinho, Avram Grant, Luiz Felipe Scolari, Guus Hiddink dan yang terbaru, Carlo Ancelotti..

Terry added: "Playing 300 games as Chelsea captain is a great achievement for myself.

"I have played for a lot of managers and they have kept me as captain which is a great honour and I want to stay fit and keep Chelsea winning trophies."

JT merupakan kebanggaan Chelsea kerana merupakan bekas pelajar akademi Chelsea yang berjaya naik dari bawah dan seterusnya menjadi antara pemain bertaraf dunia kini..Jikalau ada kesungguhan tiada apa yang mustahil dan JT telah membuktikannya dan diharapkan pemain2 muda Chelsea seperti Kakuta, Sam , Sturridge , Borini dll dapat mengikuti jejak langkah legenda Chelsea ini..Pemilihan JT selaku kapten England oleh Capello sekali lagi membuktikan kewibawaan beliau selaku pemain kebanggaan Chelsea dan England dan prestasi cemerlang England di pusingan kelayakan membuktikan segala2nya..

Kehebatan JT selaku antara defender terbaik dunia merupakan faktor JT terus mempertahankan kedudukannya selaku leader terhebat Chelsea walapun manager datang dan pergi silih berganti..JT mempunyai ciri2 kapten yang sudah tertanam di dalam dirinya..sifat berani mati dan berkorban demi kelab kesayangannya Chesea telah membuatkan JT menjadi inspirasi buat teammate dan fan The Blues untuk memberikan yang terbaik demi pasukan mencapai kejayaan..

Masih ingat lagi bagaimana JT pengsan kerana disepak di bahagian kepala sewaktu menentang sengal di final Carling Cup?? Selain itu, ketika Chelsea ditimpa krisis selepas pemecatan Jose dan hampir tekeluar dari saingan kumpulan CL, JT yang cedera akibat keretakan di tulang hidung tetap bermain dengan menggunakan pelindung muka dan JT menunjukkan aksi menakjubkan di bahagian defend yang membolehkan Chelsea memperoleh kemenangan berharga ke atas Valencia seterusnya melayakkan diri ke peringkat kalah mati yang seterusnya membuka jalan untuk membawa Chelsea ke Final CL yang pertama..Gol tandukannya menentang MU baru2 nie turut membuktikan JT sentiasa merupakan leader terhebat Chelsea dan tulang belakang bagi The Blues dulu, kini dan selamanya..

Diharapkan agar JT mampu menjadikan season ini sebagai detik terbaik dalam karier beliau dengan membawa Chelsea merangkul kejuaraan liga dan tidak mustahil Champions League serta menjulang Piala Dunia bersama England!!..

JOHN TERRY-CAPTAIN, LEADER, LEGEND

No comments: