The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Thursday, March 3, 2011

0 Post match : Turning Point??

Syuh2, dah kalah pegi balik..buat menyemak je datang rumah orang..


Kejayaan merejam setan tempohari boleh dikatakan kemenangan 'besar' buat Chelsea - terutamanya dari segi mentaliti..Sejak kemenangan 2-0 ke atas Sengal di Bridge, kita agak lesu terutamanya di perlawanan besar dan telah tewas dua kali ke atas Fool, dan Sengal di Emirates Stadium..Big match sememangnya penting untuk menandakan tahap permainan kita dan menang ke atas rival adalah boost terbaik dalam mana-mana liga sekalipun..Selepas 3 bulan yang celaka dalam tempoh kemerosotan paling teruk, kemenangan 2-1 kelmarin adalah impak tonik yang kita cari-cari selama ini dan ia membuktikan The Blues masih lagi bernyawa!!

Dalam match kelmarin adalah saat kita melihat kembali semangat Blues Never Dies yang hilang sekian lama..Dimulakan oleh David Luiz dan disudahkan dengan penalti Lamps, kita mengejar dari ketinggalan gol Rooney dan menghalau Setan keluar berambus dengan kemenangan 2-1 di Stamford Bridge..Nasib?? Yeah, nasib memang memainkan peranan kadangkala dalam sesuatu match, dan bagi fan Manure yang bising dengan ref, suka aku nak cakap berbanding Chelsea, Manure lagi banyak menang nasib..Bagi sesiapa yang merampus tak puas hati, cermin muka sendiri dan tengok betapa kelab korang banyak kali dapat favour dari FA sebelum nie..Kalo nak merengek tak puas hati, aku rase gol Rooney patut disalllow, sebab Shrek patutnya kena banned hasil menyiku pemain minggu lepas..Kenapa takde hukuman diberikan kepada Shrek hatta fined sekalipun?? Jawapannya mudah, sebab dia pemain Manure, anak murid Fergushit - Bapak segala angkara setan di England..

The Blues is the winner at Bridge. Pull stop. Tak payah nak memanjangkan cerita. Bagi semua penyokong The Blues, ia merupakan match paling fantastik musim nie, selepas kekecewaan selama 3 bulan. Yupp, ia adalah hadiah bermakna kepada peminat yang setia.

Berdasarkan match kelmarin, aku menyenaraikan point positif dan negatif yang kita dapat lihat selepas 90 minit di Bridge.

Positif

  • Kembalinya semangat berani mati Chelsea. Kejar dari belakang bukti utama.
  • David Luiz. Pembelian paling berbaloi Januari. Mungkin dia lebih layak menjadi 50milion man, bukannya Torres.
  • Oh ya, Luiz juga menjaringkan gol pertama kelab lagi awal dari actual 50m man. Luiz juga hanya seorang CB. Shame on you, Nando!!
  • Ramires memang fantastiko, lebih liat, lebih pantas, lebih bersemangat dari mana2 pemain Chelsea di atas padang. Larian yang menakjubkan dari sayap kanan padang sehingga Vidic dikeberikan kad merah. One for the future.
  • Warga tua Chelsea - JT, Lampard, Essien dilihat masih mempunyai nilai dalam pasukan dan menjadi nadi Chelsea di Second Half sebagai bukti.
  • Bad Boy di luar, Good Boy di atas padang - Ash membuktikan mentaliti dia masih kuat selepas insiden panas dihidu media. Lupakan First half, aksi dia kembali mantap pada 45 minit terakhir.
  • Kenapa Malouda masih mendapat first team?? Please, Yuri lebih layak. Baru masuk 5 minit, dah bagi impak besar. Jika dapat kekal bebas dari injury, dia patut dapat main kesebelasan utama sebagai sayap kiri. 'Ronaldinho Russia' bukan gelaran kosong beb.
  • Didi bermain lagi bagus sekarang, nampaknya hukuman kena bangku simpanan agak berjaya untuk membangkitkan naluri haiwan The King. Tapi dia juga membuktikan dia lagi gempak jadi impak subs pada umur 33. Its for the best.
  • Carlo masih lagi Best Candidate untuk kerusi panas Chelsea. Kehebatan dia menukar formasi ke 4-4-2 nampaknya membuahkan hasil sekaligus memberikan tamparan Pak Arab kepada Carlo- haters yang mengatakan dia tak tahu dari segi taktikal. Malah subs Didi, Zhirkov dan Bosingwa kesemuanya pada waktu yang tepat dan memberikan impak hebat dalam second half. Hail King Carlo!!

Negatif

  • Nando hilang punca terutamanya Second Half apabila Chelsea menyerang bertubi-tubi. Masih khayal atau lupa posisi aku tak pasti dan bernasib baik Carlo kekalkan dia 90 minit atas padang. Harus mencontohi semangat Luiz.
  • Malouda, keparat paling celaka dalam skuad. Layak diberikan hukuman bangku simpanan jugak seperti Didi untuk menyedarkan diri. Nazar rambut nampaknya tak berhasil kali nie.
  • Anelka, masih lagi tiada aura dalam Big Game. Tapi dia masih ada nilai bila lawan team lemah. Perlu lebih ruthless depan gol.


Okeh, kembali ke realiti. Walaupun kita menewaskan Manure, ia tak bermakna kita dah memenangi liga kerana perjalanan masih panjang dan kita masih berada 12 mata dari persada liga..Be rational, kedudukan kita dalam Top 4 belum terjamin walaupun kita dah memintas Spuds..Cuma diharap kemenangan kelmarin dapat memberikan impak kuat dari segi mentaliti para pemain untuk beraksi dengan lebih konsisten selepas ini..Chelsea kini mempunyai advantage dari segi moral dan aku yakin ia adalah Turning Point kepada kita untuk memanjat carta..Chelsea masih lagi bernyawa, dan kita adalah Big Team!! Semua lawan, bersedialah dengan amukan Mighty Blues!! KTBFFH!!



No comments: