The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Friday, March 18, 2011

0 Mengenali ahli keluarga baru Chelsea : Si Kembar Siam


Kembar siam??

Muka sama, kelab sama, negara sama, posisi sama, nama je lain..LUCAS PIAZON - pembelian terbaru Chelsea secara senyap adalah starlet terbaru yang akan dibawa masuk ke akademi Cobham..Pemain Brazil berusia 17 tahun nie diberikan gelaran sebagai 'klon kaka' yang akan menjadi superstar dalam masa beberapa tahun lagi..

Piza?? Piala Zon?? Peagueot?? Piazon?? Bagi sesiapa yang merasakan dia hanya budak hingusan murahan kutip tepi jalan, harap telan balik kata-kata korang tu..Jangan terkejut kerana bayaran untuk mendapatkan Piazon bukannya murah, £6 million adalah kos keseluruhan bagi mendapatkan budak yang belum masuk umur 18, wang yang sama digunakan Sau Paulo untuk mendapatkan Luiz Fabiano..Malah proses merebut Piazon juga amat sukar dan panjang kerana Chelsea berdepan saingan sengit dari Juve, menunjukkan betapa tingginya expectation kelab-kelab Eropah pada budak muka jambu nie..Tapi macam biasa, kelab terbaik akan mendapat pemain terbaik..Sorry old lady..

Nama penuh Gustavo Lucas Domingues Piazón - Berketinggian 1.80 cm, mampu menggunakan kedua-dua belah kaki, pantas dan mempunyai vision membaca permainan, boleh bermain di mana-mana posisi serangan, terutamanya di belakang striker (umpama Kaka) serta Piazon merupakan Top Scorer ketika kejohanan Under 15 Amerika Selatan sebagai bukti ketajamannya di hadapan gol..Piazon akan dijadualkan menyertai Chelsea pada Januari 2012 iaitu sejurus dia mencapai umur 18 tahun..


"I am happy because it's always been my dream to play in Europe," said Piazon, according to The Mirror.

"Chelsea have Brazilian players already - Ramires and Luiz - and that is excellent for me and will help speed up how I settle in.

"Italy and England are the biggest leagues but England always looks spectacular and exciting. It will be a great challenge."



Ramires, Alex, Luiz dan kini Piazon - adakah Chelsea nak membuka cawangan kelab Brazil di EPL?? Selagi main bagus, aku pedulik hapa..Carlo memang pakar guna pemain Brazil , malah dia jugak yang membawa Kaka ke Eropah dari Sau Paolo pada 2004, rest is history..Cafu, Dida, Pato antara pemain hebat Brazil yang dibentuk Carletto sepanjang di Milan jadi kita boleh lihat kesinambungan di situ..Dengan pembelian Piazon, aku boleh katakan kita tak perlukan Neymar..Bakal pengganti Kaka?? Harap-harap mulut korang masin..Welcome to The Blues, Piazon!! KTBFFH!!

No comments: