The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Friday, March 18, 2011

0 Klon-Klon Dunia Bolasepak


Selain Lucas Piazon dan Kaka, sebenarnya banyak lagi klon yang muncul sebagai reinkarnasi pemain lagenda terdahulu..Persoalannya, menjadi atau tidak?? Jom layan senarai Klon Sepanjang Zaman..

Lionel Messi - Diego Maradona

- Klon yang bakal lagi hebat dari baka original..Kegemilangan Piala Dunia tetap menjadi pemisah, namun telah memenangi segala-galanya di peringkat kelab, abiliti yang dikatakan telah mengatasi predecessor, 2 kali FIFA World Player of The Year, dan lebih penting tak bergelumang dengan 'benda alah' menjadikan Messi tetap special..
Rating Klon : A+

Wayne Rooney-Paul Gascoigne


-Kalau ikut perangai tak senonoh, boleh kata lebih kurang je dua ekor nie (sorang kaki rembat nenek, sorang kaki teguk air setan)..Tapi dari segi kejayaan di atas padang, Wazza nampak lebih menyerlah dengan beberapa kejayaan kelab walaupun Gazza memberi impak lagi umphh buat England dalam World Cup 1990 dan Euro 1996..
Rating klon : A

Milos Krasic-Pavel Nedved


Rambut kuning Super Saiya, winger sejati dan bermain untuk Old Lady 'Bianconeri'-Krasic mempunyai segala-galanya untuk menyamai legenda Juve serta bekas pemenang Ballon d'Or, Pavel Nedved..Masih dalam musim pertamanya di Itali tetapi dah menjadi antara teraju utama Juve sepanjang musim..Masih muda dan mempunyai banyak masa untuk menjadikan reinkarnasi Nedved satu kenyataan..
Rating Klon : B+

Robinho-Pele

-Berasal dari kelab yang sama (Santos), Robinho hanya boleh berbangga dengan jumlah kelab yang disertainya setakat nie yang lebih banyak berbanding hanya Santos dan New York Cosmos..Pele masih lagi dalam kategori legend dengan Piala Dunia dalam genggaman.."Ko ade??" ujar Pele dengan angkuh.
Rating Klon : B

Dos Santos - Ronaldinho

Juga dari kelab yang sama (Barca), malah pernah beraksi bersama cuma mungkin tiada tuah buat Dos Santos menjadi sehebat idolanya..Keputusannya berangkat keluar dari Barca lalu menyertai kelab ayam Spurs memakan diri..Beraksi agak hebat bersama Mexico semasa World Cup 2010 namun kembali merempat di England dan kini melayan hati yang lara di Racing Santander sebagai pinjaman..
Rating Klon : C

David Bentley - David Beckham

'Bent it like Becks' adalah slogan paling popular berdasarkan paras rupa dan posisi di padang tetapi David sememangnya tak layak dikategorikan setaraf dengan satu lagi David bekas kapten England ini..Bermula sebagai pemain Arsenal menyebabkan kesengalan melampau, naik kejap kat Blackburn, kemudian merosot di kelab ayam Spurs, serta akhirnya merempat di pelbagai kelab EPL menyebabkan slogan ini ditukar ke 'Bent it like Bent-ten'
Rating Klon : D


No comments: