The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Tuesday, March 15, 2011

0 Khabar dari wad sakit : Alex hampir kembali!!


Rindukan penerajang maha super Alex?? Sape boleh lupa kot..Berita baik Alex dilaporkan sudah hampir kembali ke skuad utama selepas direhatkan hampir 3 bulan akibat kecederaan lutut..

Hasil arthroscopic knee surgery yang dilakukan di Brazil bulan lepas, keadaan Alex semakin pulih dan update terbaru dia sudah mula melakukan latihan ringan di Cobham semalam..Berdasarkan tinjauan Alex dijangka akan bersedia bermain sepenuhnya menentang Stoke awal April nanti walaupun dia berkemungkinan akan melakukan kejutan penampilan awal malam esok menentang Copenhagen..

Yeah, kehadiran Alex sememangnya amat tepat dalam jadual..Aku yakin dia akan memainkan peranan besar buat Chelsea terutamanya di Eropah..Tanpa David Luiz yang cup-tied, hanya Iva dan Terry yang boleh diharapkan selama ini sebagai centre back..Sekiranya kita berjaya menyudahkan sisa-sisa harapan Copenhagen, Carlo menjangkakan Alex akan memberikan kestabilan di bahagian pertahanan bermula quarter final nanti sekaligus membolehkan Iva bermain di posisi terbaiknya iaitu Right Back..Dengan barisan empat pertahanan terbaik, harapan Champion League masih terbuka, dan Alex akan menjadi salah seorang penentunya..All the best Alex!! KTBFFH!!



No comments: