The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Tuesday, March 8, 2011

0 Post Match : Bad Game, Good Result

Super Frank tetap 'Super'

Peghh, naik muak aku nak tengok game semalam, ditambah dengan line stream yang agak celaka tersedak-sedak, memang bukan satu match yang memuaskan dari segi performance di Bloomfield..Namun apadahal?? Result adalah perkara yang terpenting ketika ini, aksi kita tolak tepi..Anggap sahaja ia sebagai ganti beberapa Bad Luck kita ketika tempoh 3 bulan yang lepas..Boleh dikatakan kita agak bernasib baik dapat membawa pulang 3 mata semalam hasil defend Tasik Hitam yang memang longgar nak mampus walaupun keseluruhan match banyak dikuasai oleh para pemain berbaju Sunquick..

First Half, tak banyak yang aku nak ceritakan kerana boleh dikatakan hambar nak mampus..Hanya gol tandukan Terry yang layak dimasukkan dalam highlight Daily Motion, yang lain hampass belaka..Gandingan Didi dan Torres sekali lagi membuktikan betapa diorang umpama minyak dan air, hitam dan putih, Terry dan Bridge - tak boleh diletakkan bersama..

Gaya terjunan Ikan Salmon

Second Half, bless in disguise?? Didi tercedera lalu terpaksa dikeluarkan dan Kalou dimasukkan pada minit ke 55..Jelas betapa dilihat ada banyak perbezaan apabila Didi dikeluarkan, kita bermain lebih pantas ketika menyerang berbanding menggunakan long ball untuk dihantar kepada Didi..Kalou lebih banyak melakukan larian pantas ke dalam kotak, sesuatu yang akhirnya memberikan manfaat apabila berjaya mendapatkan penalti - disudahkan dengan lagaknya oleh Super Frankie..5 minit kemudian, Kalou sekali lagi menjadi penyumbang apabila memberikan assist lazat untuk Lamps melakukan larian pantas menembusi defend blackpool lalu merembat ke penjuru gawang..Malouda dan Josh (yahoo!!) dimasukkan apabila kemenangan sudah 99% konfem dalam tangan..Baki 20 minit agak memeranjatkan aku kerana tuan rumah nampak begitu bersemangat untuk mencari gol, walaupun saguhati je..Hasil kebangangan Bosingwa yang dari dulu aku dah naik menyampah aspek defensive dia memberikan padah..kehilangan bola dari posisi sayap menyebabkan barisan duta sunquick membuat serangan pantas lalu berjaya menewaskan Cech..Beberapa cubaan lagi dilakukan tetapi sudah cukupla sekali je kita bagi can kat tuan rumah..Chelsea menang 3-1!!

Aspek haram nak mampus

-Torres main malas-malas, masih dalam pressure mencari gol pertama..Tapi dah teammate pon tak bagi bola, pekejadah nak gol cemane??
-Didi memang tak boleh jadi partner Nando, pergerakan yang terlampau lambat dan mudah dibaca tak membantu langsung..Malah takde link antara Didi dan Torres walaupun dia ada jugak 2-3 kali mencuba..Anelka still first choice..
-Yuri, Malouda - sama bangang?? Dua kali lima je, macam masukkan pemain yang sama cuma berbeza muka, rambut dan kulit..
-Bosingwa punyer defensive..arghh...dah berbuih aku cakap..harap Alex cepat sembuh..

Aspek baguih dok ada

-Lamps semakin perform lately..Dah cekau 9 jaringan, mampukah dia teruskan level 20 gol setiap musim??
-Chelsea main macam celake, tapi still boleh dapat result bagus adalah petanda baik mengenai kekuatan pasukan nie..Boleh dibayangkan apa yang bakal terjadi jika kita dapat mencapai Top Gear secepat mungkin..


Walauapapun, RESULT tetap perkara utama, dan 3 mata semalam adalah point berharga yang bakal membolehkan kita mendapat tiket CL, dan tak mustahil memenangi EPL..Kini kita berjaya mengekalkan posisi ke-4, menjarakkan 3 mata di atas Spurs, serta 2 mata semakin hampir dengan Mancee..Match liga seterusnya paling crucial, berjumpa Mancee yang dah 3 match terakhir kita tak menang beb..Aspek fizikal jelas berbeza semenjak kehadiran De jong dan Yaya Toure, dan sekiranya kita dapat mengatasi kelemahan nie, baru boleh tumpaskan Money City..Jika dapat menang, baru aku boleh katakan kita dah bersedia sepenuhnya untuk mengejar takhta liga..Kalah, faham-faham jela, segalanya akan bermula dari zero semula..Buat masa 9 hari takde match CL dan FA nie, harap semua pemain rest sebaiknya dan kumpulkan tenaga..Chelsea still alive, KTBFFH!!



No comments: