The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Monday, May 9, 2011

0 We Proud Of You


Walaupun tewas, aku tetap berbangga dengan Chelsea. Daripada tempat kelima ke tempat kedua dan mampu mencabar title adalah pencapaian yang dah cukup menakjubkan. Walaupun dah tentu kita mengharapkan yang lebih baik, tapi itulah bolasepak, tak semestinya kita akan menang setiap masa dan ketika inilah masa untuk menguji kesetiaan kita pada saat sukar ketika ini.

Dalam match di Old Kerepot, jelas MU adalah team yang lebih bagus dan mahu tak mahu, pujian aku berikan untuk diorang yang hampir pasti menang liga musim nie. Dengan teamwork yang lebih bagus dan ada banyak genuine chance berbanding Chelsea, boleh dikatakan kita bernasib baik hanya tewas 1-2. Yupp, korang memang layak.

Adakah semuanya dah berakhir?? Memang dah takde piala untuk dikejar tetapi kita masih ada kerja untuk diselesaikan. Dapatkan tempat kedua adalah priority utama. Baki 2 match pulak selain mendapatkan 6 mata maksimum, aku harap kita dah bersedia untuk menyiapkan diri untuk Pre-Season musim depan. Mungkin beberapa eksperimen boleh mula dilakukan sebagai gambaran skuad akan datang, siapa pemain yang harus kekal dan siapa yang perlu keluar akan dilihat dalam aksi 2 match terakhir. Torres adalah tumpuan utama dan bagaiamana jalan untuk kita mengimplementasi 50m man kita sudah boleh bermula sekarang. Beberapa perubahan sudah tentu perlu dilakukan ketika summer - samada pemain atau manager aku tak pasti tetapi jelas rombakan kecil adalah penting untuk persediaan musim hadapan.

Adakah pelukan Fergie kepada Carlo bermakna dia akan dipecat?? Aku harap tak, walaupun subs dia kadangkala agak mengelirukan tetapi aku harap dia stay untuk musim hadapan. Kita tak perlukan satu lagi masalah untuk mess thing up. Kekalkan Carlo, belikan 1-2 pemain baru, eksperimen berpaksikan Torres, panggil semula youngsters kita kembali dan kita akan bersedia untuk musim baru!!


Win or Lose, we love you forever. We Proud Of You, Chels!!

Keep The Blues Flag Flying High!!



No comments: