The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Sunday, May 22, 2011

0 Preview : Farewell Carlo??


Berdasarkan laporan tabloid di England pagi tadi, Carlo boleh dikatakan hampir pasti chow selepas match menentang Everton malam nanti..Ancelotti dan assistant Bruno Di Michelis telah dipanggil untuk meeting bersama Board dalam tempoh 48 jam sebelumnya dan keputusannya hampir pasti akan diumumkan sedikit masa lagi..Mengulas jika akan kekal atau tidak, Carlo memberikan komen begini :

Kata-kata terakhir??

"I will say thank you to every one of my players because every time more or less they tried their best."

"I said a lot of times the atmosphere in training sessions was good, it was correct, they were very professional."

"Maybe they didn`t reach their best but I have to shake their hands and say thanks."



Hmm, nampaknya memang dah konfem je Carlo blah, cuma belum official lagi. Aku tak tahu nak kata apa, situasi Roman memang membuatkan kerusi manager Chelsea menjadi kisah lawak sarkas setiap tahun. Pecat, pecat, pecat takkan membawa kita ke mana terutamanya jika nak menang CL. Process rebuilding memang memakan masa tetapi Roman memang mahukan manager mee segera, yang boleh bagi trophy secepat mungkin kepada kelab. Pengaruh player dalam skuad Chelsea teramat kuat kerana kita takde manager yang stabil. Jika benar Carlo dipecat, aku harap Roman dah fikir semasaknya dan sudah ada pengganti yang benar-benar sesuai. Memandangkan Villas Boas selaku first choice takkan hadir ke Chelsea buat masa terdekat, aku mengharapkan Van Basten sebagai pengganti tetap. Masih muda, falsafah attacking football dan dicadangkan sendiri oleh Hiddink. Apapun kita tunggu dulu sehingga ada official news berkenaan Carlo.

Okeh sudah mengenai rumours manager, kita berbalik pada persiapan match di Goodison Park. Takde apa yang tinggal untuk match ini, kecuali pride semata. Sejak menewaskan Everton di FA Cup Final 2008, kita tak pernah meraih kemenangan sejak itu. Selaku boogey team Chelsea hampir dua tahun, sememangnya Everton akan memberikan banyak masalah kepada The Blues.

Apa yang penting malam nie adalah pemilihan pemain. Result aku tak kisah sangat tetapi harap pemain muda dan Torres akan sekali lagi menjadi pilihan utama sebagai proses pembentukan skuad musim depan.

Starting 11 malam nie :

Cech
Iva-Luiz-JT-Ash
Essien-Josh-Lamps
Kalou-Torres-Malouda

Result Prediction : Everton (2) - Chelsea (2)

Sedar tak sedar, selepas ini tiada lagi game Chelsea selama 2-3 bulan dan aku yakin ramai akan rindu aksi The Blues..Aku mengharapkan aksi yang bertenaga, mantap dan bersemangat dari para pemain..Juz enjoy last 90 minit!! KTBFFH!!






No comments: