The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Tuesday, May 31, 2011

0 Pembalasan Arnesen??


Selepas tidak lagi bersama Chelsea, Arnesen kini menjadi Sporting Director di Hamburg, namun adakah dia akan pergi berseorangan?? Menjadi salah seorang watak penting dalam pembentukan Akademi Cobham, Arnesen sememangnya amat arif dengan kualiti youngsters Chelsea..Hanya dalam dua tahun, pemain muda yang dibentuk telah menunjukkan peningkatan ketara dan hasilnya adalah kemenangan FA Youth Cup musim lepas dan Reserves League musim ini..

Namun melihat kepada potensi pemain muda untuk menembusi skuad utama amat tipis, Arnesen dilihat cuba menangguk di air keruh..Dari banyak-banyak pemain muda juara FA Youth Cup musim lepas, hanya Josh Mceachran yang mendapat tempat dalam skuad utama, itupun hanya satu debut EPL dalam satu musim, manakala pemain lain seperti Bruma, Van aanholt, Borini, Kakuta kian dipinggirkan dengan dipinjamkan ke kelab lain..

Borini - kecewa dalam duka

Kekecewaan youngsters kita amat jelas dirasakan terutama apabila Borini yang menjadi hit secara loan di Swansea memberikan pengakuan betapa sukarnya pemain akademi Chelsea untuk survive, tidak seperti apa yang berlaku di Arsenal dan juga Barcelona..

“I don’t need to remind Chelsea what I can do because they already know - I’ve been top scorer for the reserves - and sometimes you need to be honest with yourself.

“I need to go away from Chelsea to play regular football, even if it’s with a smaller team in a smaller league.

"Most of the young players at Chelsea have had to do the same thing.

“Scott Sinclair, who plays at Swansea now, Jack Cork, Jeffrey Bruma, Patrick van Aanholt and Michael Mancienne all went through the same thing. I would not say we share the same frustration, but we all need the same honesty.

“Although I am still young, I have been at Chelsea for four years now and I feel I have wasted the last six months of my career.

“When you are young, you are not patient about anything, so every game I play now is like an explosion.


Yupp, memang bukan mudah nak masuk first team, tetapi melihatkan selepas John Terry, kita masih lagi tiada pengganti yang muncul dari akademi adalah sesuatu yang mengejutkan..Stoch, Carlton Cole, Ben Sahar adalah antara nama-nama lain yang sudah meninggalkan Chelsea dan mencipta nama di kelab lain..Mungkin ada antara mereka yang tidak mencapai standard, tetapi melihat betapa tipisnya peluang yang diberikan kepada pemain muda untuk menonjol adalah sesuatu yang kurang adil..Adakah Messi mampu menjadi seperti sekarang jika tidak diberikan peluang bermain?? Sudah tentu tidak..

Melihat kepada potensi pemain muda untuk menembusi skuad utama amat sukar, Arnesen dilihat cuba mengambil kesempatan.."Kalau korang tak nak guna, baik bagi aku" kata Arnesen..Dan bukan sesuatu yang mengejutkan apabila laporan mengatakan Arnesen sudah cuba memancing Mancienne secara 4 tahun kontrak, serta dalam proses mengambil Bruma, Van aanholt dan Kakuta secara one year loan sebelum membeli mereka secara permanent pada tahun berikutnya..Adakah itu sahaja?? Tidak. Arnesen juga mahukan Josh Mceachran, tetapi melihat kepada award Best young Player 2010 yang diberikan kepada wonderkid ini bulan lepas, sudah tentu amat sukar untuk Chelsea melepaskan budak ajaib ini..

Adakah akan ada lagi pemain muda yang pergi?? Aku tak pasti dan ia akan bergantung kepada perancangan manager baru kita musim depan..Aku amat memandang tinggi kepada Van aanholt, Josh dan Bertrand yang dilihat mempunyai bakat istimewa dan mahukan diorang stay manakala Kakuta dan Bruma boleh dikatakan biasa-biasa je bagi aku..Apa yang penting adalah kita perlu lebih percaya kepada pemain muda selepas ini..Mungkin bukan semua, tetapi hatta 1-2 orang pon sudah cukup memadai jika diorang boleh tembus first team..Aku yakin pemain muda kita ada kualiti, cuma kita sahaja yang takut nak guna..Harap musim depan adalah musim yang cerah untuk youngters kita..KTBFFH!!


No comments: