The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Wednesday, February 2, 2011

0 Post Match : Sesi memanaskan badan!!


Yeahh, pagi semalam Chelsea berjaya mencatat kemenangan 4-2 ke atas Sundalan, sekaligus membalas dendam kekalahan 3-0 November lalu..Dengan 3 mata yang diperoleh, kita semakin mengukuhkan kedudukan ke dalam Top 4, kini berada 1 mata di belakang Mancee dan 6 mata di atas Spurs yang akan bermain pagi esok..Sengal dan Manure sama-sama mengutip 3 mata penuh justeru persaingan untuk trofi EPL masih lagi sukar..

Apa yang membanggakan aku adalah semangat juang Chelsea yang tidak mudah menyerah..Selepas ketinggalan 0-1 seawal minit ke 4, The Blues bangkit untuk mengejar hasil jaringan gol Lampard dan Kalou menjadikan kedudukan 2-1..Sundalan menjaringkan gol penyamaan menerusi free kick Richardson namun Second Half Chelsea kekal mengasak dan kita mendominasi baki 45minit..Gol daripada JT membolehkan Chelsea kembali di hadapan dan Anelka memastikan The Blues pulang dengan 3 mata berharga dengan jaringan gol ke-4..

Persembahan kita pagi tadi memang menarik, terutamanya di bahagian serangan yang semakin lancar dan merbahaya, walaupun masalah defensive masih menjadi gangguan..Pujian harus diberikan kepada Carletto yang memberikan formasi terbaru bagi menghadapi Sundalan..Apa yang menarik formasi 4-3-1-2 yang digunakan Carlo seolah-olah memberikan hint Chelsea sudah bersedia untuk menggandingkan Drogba dan Torres di bahagian hadapan!! Anelka merupakan pemain yang menjadi tumpuan kerana dia bakal menjadi player utama tip of the diamond di belakang 2 striker dan hasil semalam memang memuaskan..Nik memporak-perandakan midfield Sundalan dan menjadi nadi serangan Chelsea semalam di belakang Kalou dan Didi..Nik memberikan satu assist dan satu gol serta beberapa gerakan menarik yang hampir memberikan Chelsea 2-3 gol tambahan..Tak mustahil formasi yang sama akan digunakan Ahad ini dan aku tak sabar melihat Anelka, Torres dan Drogba menghancurkan Liverpool!!

Kemenangan ini dah tentu menunjukkan Chelsea hampir kembali ke prestasi terbaik, dan walaupun 10 mata di belakang Manure, aku masih tak putus harapan untuk mempertahankan trofi EPL..Kemasukan Torres dan David jelas menaikkan semangat skuad dan aku yakin kita mampu menghasilkan sesuatu yang fantastik musim nie!! Apapun tumpuan selepas ini adalah match menentang Liverpool..Kemenangan ke atas Sundalan hanya pemanas badan, kini tiba masanya Chelsea dan Torres untuk menghancurkan The Reds!! KTBFFH!!



No comments: