The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Wednesday, February 23, 2011

0 Post Match : Segalanya Sempurna


Chelsea menang 2-0, Spuds kalah lagi - Apa lagi yang diminta?? Segalanya sempurna!! Malam tadi memang mengukir senyuman buat semua fan The Blues, kemenangan penting di Denmark bermakna Chelsea sudah hampir pasti akan ke Last 8 Champions League musim nie, berterima kasih kepada dua gol away sumbangan Abdul Salam Bilal..Manakala bagi sesiapa yang tak tahu, ada satu match EPL menyelit antara aksi Eropah iaitu Blackpool dan Spuds..Mungkin takde sape yang kesah tapi bagi Chelsea, kita memerhati match nie yang akan menentukan nasib kita untuk mendapatkan tiket CL musim depan..Kekalahan 1-3 Spuds (yahoo??) hasil sumbangan aksi hebat Charlie Adam bermakna Chelsea kekal 2 mata di belakang Spuds, dengan kurang satu game..Tambah ironic bila Adam mendapat kad kuning bermakna dia akan terlepas match menentang The Blues bulan Mac nanti..Kemenangan ke atas Manure dalam fixture seterusnya ( Selasa depan) akan membolehkan Chelsea merampas kembali tangga keempat..

Baik, beralih ke match pagi tadi, kunjungan ke Denmark memang chill, sesejuk suhu takat beku di Copenhagen..Preview match nie banyak mengatakan Copenhagen adalah sebuah team yang kental, hasil keputusan berjaya mengikat Barca di laman sendiri dalam Group Stage..Yeah, munskin rehat dua bulan Winter menyebabkan team kendalian Stale Solbakken nie kurang panas, tetapi tetap amat teruk dalam pandangan mata aku..Selepas 90 minit match semalam, diorang taklah sehebat mana seperti yang digembar-gemburkan..Haktuihh, buat aku risau je..

Chelsea memulakan match, sekali lagi tanpa Drogba mengulangi formasi menentang Fulham minggu lepas..Torres menjadi target man, ditemani Anelka dan Malouda dalam serangan 3 serangkai...Ramires, Essien dan Lampard kekal menjadi nadi tengah, manakala Back 4 adalah sama ketika menentang Everton, cuma Ferreira digantikan dengan Bosingwa..Formasi digunakan adalah 4-3-3..

The Blues memulakan asakan dari minit pertama, dan player kita nampak lebih 'hunger', mungkin impak dari kekecewaan tersingkir FA Cup barangkali, dan ia adalah reaksi yang positif..Selepas mendominasi sepanjang match, Copenhagen dilihat hanyalah team cap ayam walaupun bermain di reban sendiri..Pihak lawan dilihat nervous dan gugup berdepan ol The Blues, hmm nie adalah penampilan kedua diorang dalam CL jadi ia bukan sesuatu yang mengejutkan..

Tak menunggu lama, hasil asakan demi asakan The Blues membuka jaringan hasil sumbangan Anelka..Kita melakukan counter yang pantas apabila Gronkjaer masih teringat dirinya adalah pemain The Blues lalu memberikan assist cantek untuk Nik membawa bola ke dalam kotak penalti lalu merembat gol pantas melepasi Wiland..Chelsea mendahului 1-0 !!Berapa minit kemudian Torres hampir membuka akaun gol untuk The Blues tetapi tidak berjaya menembusi gwang lawan..

Second Half Chelsea kembali meneruskan penguasaaan dan Anelka menambah derita tuan rumah dengan gol kedua Chelsea, kali nie hasil hantaran bijak Lampard..Dengan 2 gol away, Chelsea nampak selesa dan cuba mencari gol ketigam terutamanya Torres, namun berjaya dihalang oleh keeper pihak lawan..Copenhagen cuba melakukan serangan counter namun tidak memberikan threatening yang betul-betul umphh untuk membuatkan Cech membuka topi dan menggaru kepala.."Tak mencabar langsung" kata Cech penuh angkuh..Didi dimasukkan menggaantikan Anelka sekaligus menggandingkan duo ini di hadapan..Namun Didi hilang punca dan sekali lagi lembab seperti kebiasaan sehingga aku terlupa dia ada di atas padang..Yuri dan Kalou di masukan dalam hujung match tetapi dengan masa yang singkat tiada impak dapat diberi..Match tamat, Chelsea pulang ke London dengan kemenangan 2-0!!

Walaupun mendapat result yang perfect, performance bagi aku ada lubang yang boleh diperbaiki..Torres, Anelka, Ramires, Essien dan Cech antara player yang menonjol malam tadi..Torres dan Anelka menunjukkan gandingan yang lebih berkesan berbanding Didi dan jika bukan kerana sedikit nasib Torres berhak mendapat sekurangnya satu gol semalam..Kepantasan Nando dilihat sudah kembali dan movement serta trick dia dalam kotak adalah suatu yang mengasyikkan untuk ditonton..Yeah, Nando simpan satu gol pertama untuk Manure, apadahal?? Anelka adalah MOTM, memang tak syak, dua gol yang penting diharap memberikan konsistensi kepada Nik untuk terus menggegar jaring..7 gol dalam 6 match di CL, kini Nik adalah Top Scorer Chelsea di Europe, hamp dapat diadaptsaikan ke liga domestik..Ramires sememanya marvellous, semakin lama budak nie main, semakin suka aku dengan performance dia..Gandingan Ram dan Essien di bahagian tengah memang 'best' dan 'beast' sehingga mengahncurkan midfield pihak lawan sepenuhnya dan hasil usaha keras duo ini kita dapat menguasai possesion sepanjang match..Cech?? Tenang, tangkas seperti biasa - solid performance walaupun kurang diuji..

Walaupun ada pmain yang beraksi bagus, ada jugak yang sambil lewa..Terry, Iva, Bossingwa, Didi dan Mlouda antara yang tersenarai..JT dan Iva agak solid secara defensive tetapi beberapa kesilapan bodoh hampir menyebabkan kita dihukum, harap lebih fokus pasnie..Bossingwa pulak kembali ke tabiat asalnya gemar naik ke atas sehingga meninggalkan defend, malah cross dia malam tadi pon macam cibai..nampaknya Iva akan tetap menjadi first choice RB sekembali Alex nanti..Malouda tetap hambar macam sebelumnya walaupun masih menjadi pilihan Carlo..Namun ia takkan bertahan lama, denganyuri semakin cergas, nampaknya Carlo sedia memberikan posisi kegemaran Yuri di Russia iaitu Left Winger..Didi walaupun baru masuk, tetapi kelihatan lembab seperti ketika menentang Everton, malah mungkin tiada impak langsung sampai aku lupa dia ada atas padang..Dengan kehadiran Torres yang semakin lama semakin serasi dengan corak formasi Chelsea, kehadiran Drog semakin dilupakan oleh Carlo..Walaupun Didi adalah star kita, aku puji Carlo kerana berani drop Didi sekaligus memberikan amaran kepada pemain lain bahawa dia masih Boss dan sesiapa yang bermain teruk akan dikeluarkan dari first team..

Dengan kemenangan penting nie diharap akan meredakan pressure ke atas Chelsea dan menutup mulut Carlo-Haters..Walaupun performance kita semalam belum mencapai perfection, apa yang penting adalah result untuk menaikkan semangat dan keyakinan diri para pemain..Jika kita dapat result positif secara konsisten, aku yakin performance akan hadir kemudian..

Dengan kemenangan di Eropah dan kekalahan Spuds, bermakna kita semakin hampir ke targert utama Top 4 dan CL..Untuk CL segalanya masih awal dan kita harus down to earth dan follow step by step..Liga akan tetap menjadi keutamaan dan match seterusnya kita akan menentang Manure di Stamford Bridge..Apa yang mengujakan adalah kita akan menyambut kembali David Luiz untuk beraksi bersama Torres..Segalanya nampak fantastik ketika ini, harap ia berkekalan, KTBFFH!!








No comments: