The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Tuesday, February 1, 2011

0 Preview : Dendam Kucing Hitam


Hahaha masih lagi dalam mood exctasy dengan pembelian Torres dan David Luiz tapi nanti dulu, kita ada match pagi nie weihhh jangan luper..Masih ingat lagi kekalahan 0-3 November lalu di tangan Black Cats?? Yup, antara result paling teruk Chelsea pernah terima lawan kelab level bawahan musim nie..Selepas seri dengan Everton, nampaknya proses pemulihan kita agak tersangkut seketika, tetapi masih dalam mood selamat..Dengan pembelian duo mega semalam, motivasi para pemain dah tentu akan naik mendadak dan aku yakin ia akan memberikan suntikan semangat kepada skuad kita yang agak lesu selepas bermusim tak menerima marquee signing..

Okeh jangan berharap David dan Torres akan bermain malam nie, sebab diorang belum masuk join training di Cobham, Carlo pasti akan tengok diorang dalam sesi latihan untuk menyesuaikan diri dulu sebelum diberikan debut pertama, berkemungkinan Ahad depan menentang Liverpool..Tanpa Sturridge, Kakuta dan Aanholt yang dipinjamkan, nampaknya hanya tinggal Josh dan Bruma sebagai pemain akademi yang tinggal..Carlo dijangka takkan melakukan perubahan besar, walaupun kita bermain agak hambar di Gurisan Hati Park minggu lepas..Mungkin Kalou akan bermain menggantikan Anelka dalam permulaan kesebelasan selepas gol penyamaan tempohari..Kemenangan amat ditagih, kerana akan memastikan tempat kita ke CL musim depan..Harap kita dapat menunjukkan kepada Torres mengapa dia hadir ke kelab yang betul!!

Skuad malam nie :

Cech
Bosingwa-Ivanovic-JT-Ash
Ramires-Essien-Lampard
Kalou-Didi-Malouda

Result Prediction : Sunderland (1) - Chelsea (2)

MATCH SUNDERLAND VS CHELSEA STAR SPORTS (CH813) 3.40 am LIVE






No comments: