The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Monday, February 28, 2011

0 4-4-2 : Tactical Masterstroke??


"In recent times we have played with various systems, 4-3-3 and 4-4-2 with a diamond in the middle.

"For the FCK game, Carlo went with a flat middle four, which he has never tried before.

"It was a brilliant move by him because it was a hand-to-hand combat instead of a battle between two different systems. The FCK players found it difficult to compete with our midfield of Michael Essien, Ramires and Frank Lampard."

-Frank Arnesen-


Adakah satu kebetulan?? Ataupun Carlo dah menemui formasi terbaik untuk Torres blend dengan sempurna ke dalam skuad The Blues?? Kejayaan Chelsea meraih kemenangan ke atas Copenhage Rabu lepas banyak dikaitkan dengan taktikal Carlo yang menggunakan formasi baru flat atau normal 4-4-2 buat kali pertama..Anelka digandingkan bersama Torres di bahagian hadapan, manakala Ramires diemplentasi sebagai Sayap Kanan dan Malouda di sayap kiri, Essien dan Lampard menjadi anchor midfield..

Hasilnya amat memuaskan, mobiliti Anelka nampak lebih sesuai sebagai parnership kepada Torres berbanding Didi yang gemar menjadi Top Marksman..Seperti yang aku katakan sebelum nie, Didi dan Torres seumpama minyak dan air, tidak boleh berganding bersama kerana abiliti, gerakan dan posisi yang amat serupa..Torres juga dilihat lebih selesa mempunyai Anelka sebagai pembantu di bahagian hadapan dan dia dilihat tidak berkeseorangan ketika menyerang berbanding ketika menjadi lone striker dalam formasi 4-3-3..Gandingan Anelka-Torres mengingatkan aku kepada partnership Gerrard-Torres ketika 2008 yang memang merbahaya..Stevie G diberikan peranan Second Striker, membantu Nando dalam setiap serangan yang membolehkan budak blonde nie mencatat 33 gol dalam 46 appearances untuk musim pertamanya di EPL..Masih agak jauh untuk menilai sejauh mana bagus gandingan Anelka-Torres, tetapi dilihat ada potensi untuk menjadi sesuatu yang 'marvellous'..

Apa yang membezakan 4-4-2 (atau 4-2-2-2) berbanding formasi Diamond kegemaran Carlo (4-3-1-2) adalah width..Dengan menggunakan kelajuan sayap kita lebih lethal terutamanya formasi ini lebih sesuai di EPL kerana di England pertahanan lebih gemar drop deep dan bertahan jadi formasi diamond kerap kali gagal membuka benteng yang degil kerana ia tak fleksibel dan mudah dijangka..Menggunakan sayap mampu menarik pertahanan lawan keluar dari posisi mereka dan ia lebih mudah untuk menghancurkan formasi lawan..

Persoalannya. adakah ia formasi terbaik Chelsea buat masa kini?? Jawapannya Ya dan juga Tidak..Yupp, memang formasi baru 4-4-2 dilihat menjadi ketika menentang Copenhagen tetapi harus diingat kelab arak Denmark nie tak bermain selama dua bulan dalam match kompetetif jadi formasi baru kita ini belum lagi diuji oleh lawan yang lebih berkaliber..Malah taktikal di Eropah adalah berbeza kerana diorang lebih open dari English Club..

Pada pendapat aku, 4-4-2 memang bagus tetapi apa yang menjadikan ia adalah satu taktikal masterstroke adalah apabia ia digunakan sebagi salah satu dari pelbagai formasi untuk mengelirukan pihak lawan..Jika sesiapa memerhati sebaiknya match kita di Denmark, Chelsea tak menggunakan sepenuhnya formasi 4-4-2 kerana ketika counter attack Malouda sering dilihat masuk kebahagian tengah manakala Ramires drop deep ke bahagian midfield membentuk taktikal Diamond..Chelsea kini boleh mempelbagaikan serangan dan corak permainan di atas padang walau apapun formasi yang kita tulis di atas kertas pada permulaan match..

Carlo memang terkenal dengan 'kelambatan' dia adapt dengan suasana baru malah sering digelar Tinkerman kebelakangan nie kerana sering tewas dalam sebarang perlawanan akibat ketiadaaan Plan B..Tapi sekiranya Carlo dah dapat menemui formasi yang benar-benar tepat untuk pemainnya seperti transisition 4-3-3 musim lepas, dah pasti kita akan dapat melihat Chelsea melakukan peningkatan mendadak selepas ini..Sepanjang hampir dua musim bersama The Blues, Carlo sudah pernah menggunakan formasi Diamond (4-3-1-2), Width 4-3-3, Padat 4-2-3-1 dan terbaru Flat 4-4-2..

"Aku dah ada 4 formasi sekarang"

Apa yang penting dalam perang taktikal antara manager adalah 'elemen kejutan'..Daglish menewaskan Carlo dengan formasi tak dijangka 5-4-1 di Bridge manakala Jose mengeluarkan Chelsea dari CL musim lepas dengan menggunakan surprise taktikal 4-3-3..Formasi apa pun tak berbeza tetapi apabila ia mampu menyebabkan manager lawan mati akal bermakna taktikal tersebut boleh dianggap berjaya..Dengan mempunyai 4 formasi yang sudah diterapkan kepada para pemain, bermakna Carlo boleh mempelbagaikan strategi untuk mengalahkan lawan..

Sebelum nie Carlo sukar merubah formasi kerana kekurangan senjata tambahan, namun kini dengan adanya Ramires, Torres dan David Luiz telah membolehkan Carlo bermain taktikal dengan bebas..Ditambah dengan adanya pemain serba versatile seperti Anelka dan Malouda yang boleh beraksi di mana2 posisi serangan dalam setiap formasi yang berbeza, ia akan menjadi sesuatu yang menarik untuk melihat bagaimana Caro mengeksploitasi pendekatan yang berbeza untuk membentuk satu strategi yang dipanggil Tactical Masterstroke!!


No comments: