The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Saturday, May 22, 2010

0 Flying Dutchman Vs Special One

Old pal meet again!!

Macha, teh tarik, roti bom satu onee!! Setelah tamat musim EPL, keadaan di kedai mamak agak, agak sunyi sejak kebelakangan nie..Tapi malam nie, mungkin keadaan di waktu 3-4 pagi akan kembali bergema dengan sorakan kelawar-kelawar yang jenis tak tidor malam (termasuk la aku)..Ape kes lagi, kalo bukan Final Champions League!!

Final antara Bayern dan Inter malam nie (pagi Ahad) boleh dikatakan penyeri terakhir kepada musim bolasepak peringkat kelab sebelum kita beralih arah kepada kehangatan World Cup 2010 dalam masa 3 minggu lagi..Aku tak pasti samada final CL taun nie kurang meriah sebab takde kelab EPL atau sebab kehangatan WC, yang pastinya memang ramai yang tak amik pusing pasal match nie berbanding musim2 sebelumnya..Kelab Itali lawan Kelab Jerman, dah sah kurang sikit hangatnye, tambah2 kat Malaysia yang rata2 sokong kelab EPL, kalo takpon, Barca atau Real..

Bagi aku, walaupun kecewa Chelsea tiada di Final, sekurang-kurangnye kita dapat melihat kawan lama The Blues bertemu di Stadium Bernabeu malam nie..'The Special One' Jose Mourinho bertemu 'Flying Dutchman' Arjen Robben..Kedua-duanya adalah tonggak utama yang mendukung kelab masing-masing sepanjang kejohanan..Jose sebagai mastermind yang menenggelamkan Barca, manakala Robben menjadi pemusnah Manure di saat2 akhir...

'Tok Guru akan bertemu anak murid' merupakan tema malam nie..Robben merupakan penyebab utama Jose berjaya merangkul EPL dalam musim debutnya bersama Chelsea..Jose jugalah yang menaikkan nama Robben sebagai winger terhebat sepanjang aksinya di England sebelum kedua-duanya berpisah dan membina haluan sendiri di Sepanyol, Itali dan Germany..Jika ditanyakan kepada aku, sukar bagi aku untuk memilih antara kedua-dua figure Chelsea nie untuk disokong malam nie, biarlah team yang terbaik menjadi Juara..Jika dari sudut neutral, mungkin aku akan memilih Inter sebagai pemenang kerana skuad mereka lebih ampuh dan jitu dari pelbagai sudut berbanding Bayern..Namun apa2 pon boleh berlaku dalam bolasepak, juz wait and see..All the best untuk Robben dan Jose!!


ESPN 23-May 02:00 FINAL : Bayern Munich vs. Inter Milan






No comments: