The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Sunday, May 23, 2010

0 Special One memang Special!!

Yang teristimewa

Tahniah kepada Jose kerana berjaya memenangi CL pagi tadi..Aku dah agak keputusan akhir kerana barisan skuad Inter sememangnya kuat dari pelbagai sudut apatah lagi berdepan Bayern yang agak tempang tanpa Ribery..Rambo sememangnya striker paling menjadi kat Eropah bila menjaringkan dua gol..Takziah lak kat Robben yang tewas walaupun harus dipuji kerana tak berputus asa sehingga minit terakhir..Boleh dikatakan match yang agak menarik untuk neutral Fans, penuh debaran dan klasik!!

Selepas berjaya memenangi Treble di Italy, Jose dah mengesahkan dia akan beralih angin ke Spain..Dah konfem dan pasti destinasinya selepas nie dia akan pergi ke Madrid..Kemungkinan akan diumumkan 2-3 hari lagi, sepertimana selepas dia memenangi CL bersama Porto dan berhijrah ke Chelsea 6 tahun dulu..



"My Work here is done. I have made history with this club. I will find motivations in another big club. Playing against Barcelona in Spain? That would be a big challenge,"



Walaupun bukan lagi manager Chelsea, Jose tetap antara figura yang akan dihormati oleh aku sampai bila-bila..Memang layak digelar Special One, impiannya untuk memenangi piala dia 3 negara liga terkuat dunia (England, Italy, Spain) kini hampir menjadi kenyataan..Walaupun selepas nie menjadi manager Madrid, aku harap impiannya akan tercapai sebab aku takde la suka Barca sangat pon, hehe...Tetapi aku kirim berkat kepada Jose untuk La Liga dengan Copa Del Rey je, CL musim depan Chelsea dan King Carlo punya!!! All the best to Jose in your fantastic journey..KTBFFH!!



No comments: