The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Saturday, May 8, 2010

0 Anugerah Hujung Tahun atau pembakar semangat??

Tahniah kepada Didi yang dinobatkan sebagai Chelsea Player of The Year buat kali pertama semalam..Selaku penjaring terbanyak The Blues musim nie dengan 33 gol, Didi sememangnya layak diberikan anugerah berprestij nie yang dilaksanakan berdasarkan undian para peminat..

Selain Didi, terdapat beberapa lagi anugerah untuk teammate yang lain..Malouda yang meningkat drastik musim nie diberikan anugerah Players Player of The Year berdasarkan undian dari pemain Chelsea dan staff..Ashley Cole jugak tak ketinggalan, clever goal sewaktu membenam Sunderland 7-2 Januari lalu melayakkan Ash mendapat anugerah Goal of The Season..Left Back yang menjaringkan gol tercantik kelab?? Chelsea memang unik..Bagi anugerah Young Player of The Year pula diberikan kepada seluruh skuad U-18 Chelsea yang berjaya memenangi FA Youth Cup buat kali pertama dalam tempoh 49 tahun..


SENARAI PENUH NAMA PEMENANG :

Chelsea Player Of The Year
2010 - Didier Drogba

Chelsea Young Player of The Year
2010 - U-18s youth team

Chelsea goal of the season
2010 - Ashley Cole v Sunderland (home)

Chelsea Player's Player Of The Year
2010 - Florent Malouda


Aku harap nie bukan sekadar majlis hujung tahun sekolah dengan memberikan hadiah dan dilupakan begitu sahaja..Mungkin sekadar kebetulan, majlis anugerah nie diadakan dua hari sebelum kita berhadapan match terakhir Premiership yang amat crucial - MENANG dan kita adalah EPL Champion..Harap mampu memberikan boost dari segi mentality para pemain terutamanya penerima anugerah seperti Didi, Malouda dan Ash untuk beraksi semantap habis dalam match terakhir Ahad nie..Bagi yang tak menang, mungkin boleh jadikan kejayaan teammate mereka sebagai pembakar semangat untuk beraksi lebih gempak menentang Wigan nanti dan seterusnya..Congrats Didi, Malouda dan Ash, KTBFFH!!


No comments: