The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Thursday, May 27, 2010

2 Report Card Musim 2009/2010


Dengan berakhirnya Final CL minggu lepas, maka secara rasminya musim bolasepak musim 2009/2010 melabuhkan tirainya..Sebelum kita layan World Cup, jom review pencapaian Chelsea sepanjang musim 2009/2010..

RATING

Musim 2009/10 ( 8/10) - Musim yang amat, amat cemerlang..Yup, mungkin kita out CL dan menang EPL dengan beza tipis satu mata, tetapi rekod menjaringkan 103 gol, 4 kali membelasah 7-8 gol, perfect rekod menentang Big 3, dan yang paling penting pertama kali meraih Double menjadikan musim nie amat special..Kalau dapat CL, mungkin aku bagi 9/10..

Manager, Carletto (8/10) - Hanya out CL sahaja yang mencalarkan CV dia musim nie, yang lain perfect..Berjaya menengelamkan muka lama seperti Farah, Wedges dan Pak Gasang dengan perfect score adalah rekod terhebat..Keupayaan merevolusikan skuad Chelsea untuk bermain cantik adalah bukti satu kepakaran Carletto..Menyesuaikan diri dengan cepat di England walaupun nie musim debut adalah sesuatu yang membezakan dirinya dengan Scolari..Memacu Chelsea meraih Double, kini bayangan Jose sudah boleh dilupakan..

Squad utama 2009/10 :

- Cech ( 7/10) - Agak cemerlang musim nie walaupun masih belum boleh disamakan dengan musim debutnya dulu..Aksi di penghujung musim selepas kembali dari injury amat membanggakan dan antara punca Chelsea berjaya meraih Double..Save Penalty di Wembley merupakan antara sumbangan terhebat musim nie..

-Ivanovic (8/10) - Jika dulu semua bertanya siapa mamat nie, kini aku rase samua dah kenal..Mantap sebagai Right Back, juga kental di Central Defence..Antara pemain yang banyak meningkat dan sesuai diberi gelaran Sergio Ramos Chelsea..Tak terkejut namanya tersenarai dalam PFA Team of The Year..

-John Terry (6/10) - Dari segi bolasepak, JT masih menampilkan aksi yang jitu..Namun skandal JT menjadi punca kita goyah di bulan Feb dan Mac, sekaligus mencalarkan report card dia musim nie..

Ash (8/10) - Sememangnya berbaloi-baloi dibeli dari Arsenal..Kental defensive, tajam attacking..Layak digelar Left Back terbaik dunia kini..

Ballack (5/10) - Selalu injured, namun menjadi backup yang bagus di midfield tanpa ketiadaan Essien hampir separuh musim..Semakin dimamah usia, mungkin keluar ke Schalke summer nie..

Mikel (5/10) - Nie jenis pemain atas pagar..nak marah tak boleh, nak puji pon tak boleh..Ak tak pasti nak kata die nie bakal Makalele atau Essien, sebab dua2 pun tak..Hanya pandai rampas bola, no improvement dan nothing special..Perlu build attacking ability musim depan..

Deco (6/10) - Seperti Ballack, kerap injured namun menyerlah di penghujung musim terutamanya selepas kita out dari CL..Menjadi sumber kreatif di bahagian tengah sewaktu membelasah Posemut 5-0 dan Villains 7-1..tetap akan chow dan mungkin ke Flamengo..

Lampard (9/10) - Semakin tua makin berisi..menjaringkan rekod peribadi 27 gol musim nie dan merupakan punca utama Chelsea berjaya meraih Double..Shame kepada FA yang tak menyenaraikan Frank dalam PFA team of The Year..

Kalou (7/10) - Agak senyap namun menyerlah di saat penghujung musim dengan menjaringkan beberapa crucial gol sekaligus menepis keraguan kepada finishing ability Si Solomon..Harap peningkatan dia berterusan, bukan tenggelam timbul macam dulu..

Joey (7/10) - Isu kontrak masih belum selesai, namun musim nie agak malang buat Joey..Kerap injury dan tak diberi peluang dalam first team..Agak menyerlah terutamanya gol di Old trafford dan penghujung musim sebagai subs..Masih mencari-cari sentuhan emas musim 2007..

Malouda (9/10) - Antara muka paling meningkat musim nie..Adakah nie Malouda yang kerap dicaci dulu?? Sememangnya revolusi di bahagian wing kiri musim nie terutamanya dalam match menentang Manure..

Anelka (8/10) - Kurang menyerlah berbanding musim lepas, tapi menjalankan tugas dengan cemerlang apabila diperlukan..Beraksi dengan penuh komited di mana2 posisi diberikan, striker mahupun winger menjadikan dia antara aset terbaik kelab..

Didi (9.5/10) - Chelsea Player of The Year nie memang layak mendapat rating tertinggi..menjaringkan 37 gol musim nie dan menjadi Top Scorer EPL dengan 29 gol mengatasi Rooney..Hebat sebagai striker, Free Kick, dan juga membantu dengan memberikan assist dari bahagian sayap..Layak dilabel sebagai complete striker zaman moden..

MOMENTO MUSIM 2009/10

Pemain Terbaik - Didi?? Lampard?? Okeh, nampaknya ak terpaksa memilih Didi, top scorer Chelsea dan juga EPL, mampu menjaringkan gol dari pelbagai sudut dan situasi..Gol penting dalam Big Match lawan Manure, Sengal dan Fool menunjukkan kepentingan Didi kepada skuad..Salah satu musim terbaik die, sememangnya Fantastik!!

Pemain terburuk - Okeh, agak sukar sebab boleh kata ramai main bagus, tapi aku mungkin pilih Beletti..Dah sah aku taknak nampak muka dia musim depan..Jarang main dan bila dipanggil kerap melakukan kesilapan berprofil tinggi, antaranya kad merah ketika menentang Mancee di Bridge..Satu lagi ketika menentang dalam Final FA, kegopohan dia nyaris memberikan kemenangan kepada Posemut dengan memberikan penalti..Namun nasib baik kebodohannya berjaya di'cover' baik oleh Big Pete yang menyelamatkan penalti Boateng yang sama level bangang dengan Beletti..

Gol terbaik - Sebab musim nie ada lebih 100 gol untuk dipilih, jadi rambang mata gak..Emm, g
ol Ash yang dinobatkan sebagai Chelsea Goal of The Season mungkin gempak, tapi aku mungkin pilih gol Lampard ketika menentang Stoke, cross Hutchinson ditampan dengan cool ala2 Johan Cruyff oleh Frankie, memperdayakan Sorensen dan menerjah
gawang..Smart!!




Celebration Terbaik - Haha aku rasa tak susah nak pilih, masih ingat Air Guitar?? Sempoi, kelakar dan klasik..Gaya Didi dan Malouda menjayakan band performance ketika meraikan gol menentang Wigan dalam last match memang sukar dilupakan..




Celebration Terburuk - Gol cantik, tapi celebration?? Huhu, Sturridge memang power tapi kena belajar lagi camne nak celebrate pasnie..Celebration ketika menentang Stoke macam kuda sakit kaki, sampai Didi pon malas nak layan, haha..

Match paling Best - Agak sukar tapi aku pilih menang dengan Villa 7-1..Melawan semua odds, Chelsea mengejutkan semua pundits dengan membelasah Villains sehabis-habisnya, sekaligus menjadi boost yang memacu Chelsea kepada kejuaraan liga..oh ya, satu lagi menang dengan Manure 2-1 memang terbaek!!

Match paling Sengit - Chelsea seri 4-4 dengan Everton..Fuhh, memang kecewa dengan result tapi match nie memang sengit habis sampai tak lalu ak makan tengok last scoreline..Kegopohan Cech dan defence menghukum The Blues walaupun Didi dah melakukan yang terbaik malam tu..

Match paling hampeh - Walaupun banyak game best, tapi ada gak pasang surutnya..Kekalahan lawan Mancee 2-4 antara kekecewaan terbesar musim nie dan menyebabkan rekod home kita lebur..Tambah2 lak skandal terry dan Bridge turut menghangatkan suasana..tetiba lak aku benci giler kat Tevez malam tu, walaupun dia player fantasy aku..


Detik paling terharu - tengok Chelsea angkat Piala EPL..siriesli, memang fantastik moment..

Detik paling nostagik - Nampak muka Jose kembali ke Stamford Bridge pertama kali dalam 4 tahun..Special one come home!!

Detik terburuk - Jose menewaskan kita di Bridge dan Chelsea terkeluar dari CL..arghh..

Best Quote - “I don’t even need to shout in Italian when I get angry with my players now. I just tell them to ‘Fuck off’.” (Carlo Ancelotti)


HOPE THE BEST NEXT SEASON!! KTBFFH!!





2 comments:

esofagus said...

thumbs up!

Raiden said...

all the best next year!!