The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Wednesday, May 5, 2010

0 Young Blues pembuka selera

Sah, minggu nie memang hepi-hepi gile, kegembiraan menang kat Anfield tak habis lagi, tapi Youngsters Chelsea dah banyak buat kejutan minggu nie, setakat nie dah dua!! Kejutan pertama dari Stoch yang berjaya merangkul kejuaraan Eredivisie (gua dah post sebelum nie) dan kejutan kedua datang dari skuad akademi U-18 Chelsea yang berjaya merangkul kejuaraan FA Youth Cup buat kali pertama dalam 49 tahun!!

Kejayaan merangkul Piala Fa versi gila-gila remaja nie merupakan pemecah tradisi buat pemain akademi Chelsea yang kali terakhir memenanginya pada tahun 1961..Dalam match semalam yang dimainkan secara double leg (First Leg seri 1-1 di Villa Park), skuad Chelsea pimpinan Dermot Drummy berjaya mengalahkan Aston Villa 2-1 hasil jaringan Marko Mitrovic dan Cappi Conor Clifford di Stamford Bridge sekaligus merasmikan pemain muda kita sebagai juara dengan agregate 3-2..Tahniah untuk youngsters kita, harap dapat menjadi pembuka selera dan desert untuk memberi semangat kepada skuad senior untuk mengejar Double..

Barisan juara Young Blues :

Chelsea (4-3-3): Sam Walker; Billy Clifford, Rohan Ince, Jeffrey Bruma, Aziz-Deen Conteh; Aliu 'Kaby' Djalo (George Saville 90+7), Josh McEachran, Conor Clifford (c); Jacopo Sala, Marko Mitrovic, Gokhan Tore (Milan Lalkovic 88).

Daripada senarai nie, antara nama yang aku nampak bakal menyinar dan menggegar dunia adalah Mitrovic, Jacopo Sala, Clifford dan Bruma..Mungkin sekiranya Kakuta, Sturridge, Hutichinson sudah berjaya memecah tembok first team, kita tidak perlu risau akan bakal pelapis di peringkat bawahan..Sememangnya Academy and Community Pavilion kita yang telah dinaiktarafkan oleh Abramovich pada tahun 2008 di Cobham dengan mempunyai antara fasiliti latihan terbaik di Eropah kini sudah mula menampakkan hasilnya..Bagi aku pujian perlu diberi kepada Roman yang berpandangan jauh, serta Frank Arnesen yang bijak dalam mencari bakat2 muda sekitar Eropah..Congrats untuk youngsters kita, semoga mereka bakal menjadi pengganti Lampard, Terry dan Didi dengan menyarung jersi biru diraja di masa akan datang..KTBFFH!!




No comments: