
FC Twente nie boleh dikategorikan kelab kecil di Netherland, jadi boleh dikatakan kemenangan nie amat bermakna buat diorang..hanya dengan menggunakan nama2 kecil je membolehkan diorang menafikan team veteran macam Ajax dan Feyenoord is truly amazing achievement..
Antara tonggak utama FC Twente adalah Miroslav Stoch yang menjadi revelation di Eredivisie sebagai Left Winger..20 year Slovakian nie merupakan produk akademi Chelsea yang dipinjamkan selama semusim bermula Ogos tahun lepas..Semenjak di FC Twente, Stoch semakin mantap dan menjadi sumber kebangkitan Twente dengan menjaringkan 9 gol dan 3 assist..Dribbling skill dan pace merupakan senjata utama Stoch yang berbadan kecil tapi amat pantas untuk dikejar..
Tahniah untuk Stoch yang dah berjaya menempah nama di luar England..Namun ada ura2 yang mengatakan Stoch amat enjoy peluang bermain setiap minggu bersama Twente dan akan kekal sekiranya peluang dia untuk menembusi first team Chelsea amat sukar..Amat rugi sekiranya kita hilang bakat besar seperti Stoch yang bagi aku sememangnya mampu menjadi Next Superstar di Chelsea..Harap Carletto dapat melihat keupayaan Stoch sebagai pengganti Malouda (29 tahun) yang tak kekal muda di masa akan datang dan meyakinkan dia untuk kekal bersama Chelsea..Aku menantikan Stoch untuk kembali ke Chelsea season depan, dan bersama2 Sturridge, Kakuta, Hutchinson dan Van Aanholt, kita akan melihat Chelsea New Generation!! Welcome Home, Stoch!!
No comments:
Post a Comment