The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Friday, May 21, 2010

0 Road to Glory : Top 10 Match Premiership

Road To Glory!!

Okeh, mungkin dah lama Chelsea menang EPL tapi aku yakin semangat juara masih kekal panas lagi dalam hati Blues Fan..Baru 2 minggu je kot?? Huhu..Musim EPL 2009/10 nie boleh dikatakan antara paling sengit sekali sebab melibatkan 3 rival sampai penghujung season..Jom refresh balik 10 match yang membawa Chelsea ke puncak kejuaraan!!

Chelsea 1 - Manure 0 (1st-beza 5 mata)

Match nie boleh dikatakan bukan antara persembahan terbaik Chelsea namun semangat juang The Blues menjadi pemangkin kemenangan dalam match nie..Manure mengasak kita sepanjang match nie namun kekebalan defend antara faktor utama Chelsea kekal ampuh..Diketuai Terry, Rooney amat sukar mencari lubang2 untuk menewaskan Cech..Kerana Terry juga, Manure rebah dibenam tandukan berapi JT hasil hantaran free kick Lampard di penghujung match..Chelsea Top League dengan 5 mata!!

Arsenal 0 - Chelsea 3 (1st -beza 5 mata)

Ketika ini Arsenal agak rapat dengan kedudukan pendahulu Chelsea dan dilihat sebagai pencabar utama kejuaraan..Tapi, kalau dah bebudak tu bebudak gak..Didi menunjukkan gaya permainan 'orang dewasa' dengan meledak 2 gol..Vermaelen menjaringkan Gol Sendiri kerana tak sanggup tengok Didi gol hatrik..Tadika Sengal 0 - Mighty Blues 3!! Free Kick Didi antara paling cunn..

Chelsea 2 - Fulham 1
(1st -beza 5 mata)

Match nie agak tense selepas musim Disember yang agak mengecewakan..Dua draw bersama West Ham dan Birmingham menyebabkan leading point kita kian dikurangkan oleh rival Manure dan Sengal yang kekal menang..tambah tensen apabila Gera menjaringkan gol awal menyebabkan kita merasakan sumpahan nie akan berterusan..Namun kredit perlu diberi kepada Carletto, melakukan dua subs; Ivanovic dan Strurridge dimasukkan, manakala formasi ditukar dari 4-4-2 kepada 4-3-3 merupakan langkah yang bijak!! Ivanovic melakukan hantaran untuk Didi menanduk gol pertama, dan Sturridge melepaskan shot padu yang ditahan oleh Schwarzer namun terkena kaki Smalling menyebabkan bola menembusi gawang Fulham buat kali kedua..Chelsea menang 2-1!!

Chelsea 7 - Sunderland 2
(1st - beza 1 mata)

Ini boleh dikatakan edisi awal atau prelude kepada Magnificent Se7en Edition..Kemenangan nie agak bermakna kerana kita terpaksa beraksi tanpa kelibat Bintang Afrika akibat CAS..Didi, Essien dan Mikel antara yang hilang dari first team..Namun tidak sesekali mematahkan semangat Singa biru, Chelsea membalas dengan 7 gol hasil jaringan Anelka (2), Lampard (2) dan masing2 satu dari Malouda, Ballack dan Ash memeriahkan pesta gol di Bridge!! Antara petanda awal Chelsea nak jadi juara..

Burnley 1 - Chelsea 2 (1st - beza 4 mata)

Mase nie tengah meletup2 pasal skandal Terry dan nie antara match pertama JT perlu berhadapan dengan fan di atas padang..seperti dijangka Boo kedengaran merata-rata dari home fan..Anelka menjaringkan gol awal sebelum Fletcher menjaringkan gol penyamaan..Di saat keputusan seri hampir dijangka, sorakan Boo tiba-tiba bertukar jadi Goool!! JT menjaringkan gol kemenangan di penghujung match, sekaligus mendiamkan Fan Burnley..

Chelsea 7 - Villa 1 (2nd - beza 1 mata)

Satu lagi edisi kedua magnificent Se7en, match menentang Villa dihebahkan sebagai penentu kejuaraan kerana jika seri atau gagal, dah tentu Chelsea akan gagal keep it up dengan Manure sebagai pendahulu liga ketika itu..Cerita punye gempak, tapi bile main macam lawan ngan West Brom, Chelsea terlampau kuat atau Villa terlampau lembik?? Gol2 dijaringkan oleh Lampard (4), Malouda (2) dan satu dari Kalou..wow!!

Manure 1 - Chelsea 2 (1st - beza 2 mata)

Match nie boleh dikatakan adalah kemuncak kerana pendahulu jumpe pengejar..Chelsea yang tengah on-form selepas membelasah Villa 7 gol dah tentu amat segar berbanding Manure yang masih terbakar dek api neraka dari Allianz Arena oleh Bayern dan Olic..Malouda sekali lagi mempamerkan kehebatannya dengan provide assist gol pertama..penyudah Joey memang hebat, backheel melepasi Van Der Sar, totally cool!! Didi menambah gol kedua Chelsea walaupun Offside yang jelas..Macheda juga menjaringkan gol pertama Manure walaupun handball yang jelas..Chelsea menang 2-1 dan merampas takhta pendahulu liga!! Nie antara match yang menyebabkan Fan Manure menyalak hampir seminggu..kahkah buat penuh notification kat FB aku je..Menyalak la camne, fair and square, Chelsea tetap menang!!

Chelsea 7 - Stoke 0 (1st - beza 1 mata)

Okey Edisi Magnificent Se7en yang ke-3, merupakan yang paling perfect sekali..Selepas cap ayam Spurs membuktikan mereka tetap ayam di Old Kerepot, nampaknya Chelsea perlu menang untuk kekal di atas..Respons yang baik, eh silap, gempak habes, sekali lagi amukan di Bridge dengan 7 gol dijaringkan..Kalou melengkapkan hatrik pertama, diikuti dengan Lampard (2), Sturridge (1) dan Malouda (1)..Mahu lagi??

Liverpool 0 - Chelsea 2 (1st - beza 1 mata)

Match nie agak ganjil, pelik dan unik..Ramai mengatakan Fool akan membantu Chelsea, hanya untuk menghalang Manure merampas EPL ke-19 sekaligus mendahului rekod 18 EPL mereka..
Agak sukar diterima akal sebab player adalah Pro, tapi Gerrard membuktikan rivalry adalah segala-galanya..Assist terbaik untuk Didi untuk gol pertama agak mengejutkan buat kapten Fool nie..Chelsea kemudian menambah gol kedua hasil jaringan Lampard untuk mengesahkan Chelsea bakal hadir ke perlawanan terakhir selaku pendahulu..

Chelsea 8 - Wigan 0 (1st - beza 1 mata - FINAL!!)

Match terakhir menjadi penentu kejuaraan, Manure bertemu Stoke, Chelsea bertemu Wigan, Arsenal bertemu makcik cleaner tolong bersih habuk kat kabinet yang kosong..Fan agak bimbang takut tersungkur di hujung jalan, namun Chelsea membuka akaun gol seawal minit ke-6..Gol2 dijaringkan oleh Anelka (2), Didi (3), dan satu dari Ash dan Lampard, sekaligus menjadi rekod tertinggi gol EPL, 103 Gol Premiership!! Dan yang paling penting..Chelsea dinobatkan selaku EPL Champion!!


Aku pilih match kat sini bukan berdasarkan gol je, tapi tengok kepada pihak lawan , kepentingan dan suasana match..Sorry, mungkin sebab season nie agak mantopp jadi mungkin ada beberapa match best yang tertinggal dari senarai..Btw, this is the best of the best!! KTBFFH!!












No comments: