The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Monday, May 24, 2010

0 Rest Blues Day

J&J : Joey ke Johnson??

Menjelang match friendly menentang Mexico Rabu nie, Fabio Capello dikatakan akan merehatkan beberapa pemain Chelsea yang beraksi dalam FA Cup Final minggu lepas..Selain Chelsea, keeper Posemut James juga akan diberi cuti berjalan-jalan merehatkan minda.. Pemain Chelsea yang direhatkan merupakan nama yang hampir pasti dalam last 23 man squad seperti JT, Lampard dan Ashley Cole..Namun Joey yang tersenarai dalam pre-skuad England dijangka beraksi kerana tempatnya masih diragui dan bersaing hebat dengan pemain muda Mancee, Adam Johnson..

Mengenai merehatkan pemain Chelsea adalah berita baik, terutamanya JT yang agak perlu diberi perhatian rapi..Berita kecederaan dia minggu lepas agak merisaukan walaupun scan akhir menunjukkan tiada keretakan, namun langkah berjaga-jaga perlu diambil..Aku harap Joey akan melengkapkan skuad England sekaligus meletakkan 4 nama The Blues yang akan bertolak ke Afrika dalam 3 minggu lagi..Joey masih mempunyai magic dan aku yakin dia mampu memberikan perbezaan terutamanya sebagai super sub di WC nanti..Capello, open your eyes!!


No comments: