
Okeh mengenai post match, start je game semalam, aku akui agak nervous, match terakhir semalam adalah penentu dan Wigan mungkin akan buat kejutan, walaupun dalam hati aku kuat mengatakan kita mampu meraih kemenangan mudah..Lineiup dan formasi malam semalam memang sama seperti ketika menentang Liverpool minggu lepas, yup, tak mengejutkan kerana nie adalah best lineup kita kini..



Fan The Blues (termasuk aku) semua dah tarik muka kerek, tanda2 nak juara la kononnya..dak2 Manure hanya mampu tersenyum macam tak nak senyum je, walaupun Manure pon ikut gak gol sebijik-dua ngan Stoke..Ahh, Stoke?? dengan Chelsea pon bocor 7 gol, tak heran la korang leh menang..
Di blik persalinan, Carletto dah membasuh minda player Chelsea dengan kata2 "alang2 dah 2-0, apa kata kita score 7-0 lagi, tak ke gempak??" Didi pon membalas " Boss, takkan 7 lagi, bosan le kitorang nak tambah satu lagi, kasi lapan, lagipun saya nak jadi Top Scorer, boleh kan??" Carletto mengangkat kening famousnya, " Emm bagus gak, kita wat special sket, ok Lampard, pasnie kalo dapat penalti ko kasi la Didi, kemaruk sangat aku tengok, okey, second half, kita score 6!! Go, Boys!!"
Second Half bermula, mengikut arahan Carletto, serangan Chelsea semakin menyengat dan menekan Wigan yang tempang dengan 10 orang.. Kalou memulakan pesta jaringan dengan one-two chantek bersama Lampard di dalam kotak penalti, disudahi dengan tolakan mudah ke dalam gawang Wigan..3-0, staff EPL nampaknya dah mula pergi kedai runcit cari reben biru..Belum cukup lagi, sasaran 8 gol belum dicapai, kali nie Ivanovic menjadi provider, cross melencong kedalam kotak disambut dengan penuh kesyukuran oleh Anelka.."Taste it" katanya sebelum melepaskan volley padu melepasi keeper Wigan..4-0!! Sorakan dah kuat ditelinga aku, membe aku punyer pasal, jerit tak hengat..Dah sah lagi nyata, Chelsea akan menjadi EPL Champion!! Reben biru dah diikat ke trofi..


Masih belum berakhir, 5 minit kemudian, Ashley Cole dijatuhkan dalam kotak dan kali kedua Chelsea mendapat penalti..Lampard mengingati pesan Ancelotti sewaktu rehat Half-Time, jadi bagi je la pada Didi..Yup, Didi tak menghampakan, perfect penalti bagi aku, terkena tiang dan masuk, aku rase keeper terhebat dunia Buffon mahupun Casillas pon tak boleh save..Ak bayangkan jika Didi bukannya Terry yang ambil penalti masa Final CL 2008 dulu..

Yup, sebagai melengkapkan parti yang cukup havoc di Bridge, takkan nak gol 7 je?? Setakat nie dah 3 kali dapat 7 Gol, jadi untuk Fan Chelsea, Magnificent 7 dah 'biasa', kita mahukan Gr-eight Match!! Joey walaupun dicemuh dan dikatakan nak kuar dan berbagai2 rumours, aku respek pada semangat dia yang tak kenal penat dan bermain bersungguh2 dalam match semalam walaupun kemenangan dah confirm..Kesungguhan Joey merebut bola di dalam kotak dari defender Wigan wajib dipuji, yang kemudiannya berjaya dirampas, dan cross kepada Ashley untuk volley berapi ke gawang Wigan untuk gol ke-8 Chelsea, sekaligus melengkapkan Simply Gr-Eight Match!!
Saat yang dinanti sudah tiba, wisel ditiupkan, dan seluruh Stamford Bridge dihujani sorakan dari segenap sudut!! Seluruh pemain, staff berlari masuk ke padang meraikan kejuaraan EPL pertama kita dalam 4 tahun!! Ak terkedu, nie boleh dikatakan saat paling indah buat aku dan sume Fan Chelsea yang dah menunggu Trofi EPL dalam masa 4 tahun penantian, terutamanya selepas pemergian Jose..
Match Highlight :
Chelsea v Wigan Athletic
Trey | MySpace Video
Aku harap kita takkan menunggu lama lagi untuk merangkul trofi EPL yang kelima dalam History Chelsea..Walaupun agak jauh dari MU mahupun Liverpool yang leading dengan 18 kali EPL, aku sanggup tunggu 14 tahun, 20 tahun atau sampai bila2 untuk melihat kita mampu mengejar mereka..Chelsea is our past, present and future!! KTBFFH!!
Dengan nie aku mengumumkan celebration EPL akan diadakan selama seminggu tanpa henti dan aku akan penuhkan blog nie dengan coverage tentang kejayaan kita menjadi EPL CHAMPION!!
No comments:
Post a Comment